Friday, February 13, 2009

Sahabat-sahabatku



4 petang,Jumaat,6 Febuari 2009, Kuala Kangsar, Perak.

Amal kerana Allah.

Apa yang terlintas di pemikiran dan tercetus di lubuk hatiku, terus kucoret. Semoga yang tercatit ini dapatku terjemahkan melalui perbuatan dan amalanku seharian. Semester akhir pengajianku ini tidak menghalangku untuk mencantas sedikit pergerakan dalam gerak kerja Islam, berjuang mesti terus walau dalam apa jua situasi. Ma dan kakak tidak putus-putus memberi nasihat kepadaku supaya mengurangkan keaktifanku dalam persatuan. Mereka sudah maklum benar keterlibatanku secara aktif dan proaktif di kampus, malah di sekolah lagi. Lafaz kalimah Insya Allah kututurkan kepada mereka untuk menyedapkan hati mereka. Kini, kucuba sedaya mungkin untuk mengatur dan membahagikan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin, walaupun sering kelelahan dalam perjalanan hidup yang masih panjang. Semoga kelelahan yang cuma sedikit ini menjadi bukti di hadapan-Nya nanti. Insya ALLAH.

Semester ini usrahku dan adik-adik kolej Tun Perak dan Kelima berjalan lancar. Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik kepada kami untuk melaksanakan amanah yang besar ini. Syukur pada-Nya memberi peluang dan ruang kepadaku untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang secebis ini. Setiap kali berjumpa mereka, rasa sayang dan kasih memuncak. Allah mempertemukan kami di jalan dakwah, gembira hati ini tidak terkira. Semoga amal yang sedikit ini, Allah terima sebagai bukti kecintaanku kepada-Nya dan Agama-Nya.

Keluargku =)

Monday, January 26, 2009

Kesenangan Akhirat

Seringkali terlintas di hati ini dan tercetus di pemikiranku. Kenapa Allah, Tuhan semesta alam memilih aku yang serba hina, lemah dan banyak dosa ini untuk memikul amanah yang berat ini? Kenapa kami yang serba tidak tahu dan sering melakukan kesilapan ini Allah pilih untuk memjaga agama-Nya dan menegakkan kalimah-Nya?
Sahabat-sahabat pernah tak terfikir ?

Kenapa Allah memilih kita untuk menjaga agama-Nya? Jawapannya ada pada sahabat-sahabat sekalian. Di kala sahabat-sahabat kita yang lain riang gembira menghabiskan masa muda tanpa susah payah memikirkan masa hadapan agama. Sebaliknya, berbeza dengan kehidupan kita yang sibuk menimba ilmu agama melalui kuliah dan ceramah agama, ditambah dengan usrah mingguan. Kita sibuk tidak mengira waktu siang atau malam menghadiri mesyuarat, memerah keringat, idea dan mengorbankan masa untuk memastikan agama Allah benar-benar tertegak di bumi ini.

Sahabat-sahabatku sayang,
Usah berasa lemah dan sedih seandainya kita dihina dan dipandang asing oleh masyarakat. Hakikatnya, kita sentiasa dalam jagaan dan pangawasan Allah Taala. Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Kita dimuliakan Allah dengan kemuliaan agama-Nya. Cintailah kesenangan kehidupan di akhirat berbanding kehidupan dunia yang hanya sementara ini.
Bacalah buku “Jagalah Allah, Allah Menjagamu” karya Dr.Aidh Al-Qarni.

Ikhlas,
Al-Fakir ilallah.
Kemuliaan agama.

Wednesday, October 29, 2008

SOAL SEKETUL HATI

Dari Abu Hurairah An Nu’man bin Bayir r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Ketahuilah ! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah ! Itu yang dikatakan hati “. ( Maksud Hadis : Riwayat Bukhari dan Muslim )
Hati, Al-Qalb, Heart.
Manusia mana pernah akan puas.
Bila kita lihat orang yang berkereta besar, hati mula terasa iri. Terasa ingin sama memiliki.
Bila lihat sahabat terima markah yang tinggi. Kita mula mendendami. Kenapa aku tak merasai.
Bila kawan berbaju cantik. Hati mula menjerit-jerit. Aku pun ingin baju yang begitu-begini.
Bila kita merenung sahabat yang jelita. Kenapa dia sahaja yang cantik ? Aku pun ingin serupa.
Bila sahabat dapat kerja hebat. Hati mula berdegup kencang. Kenapa aku tak sebertuahnya.
Bila teman terima gaji yang mahal. Kita mula merasa tertekan. Aku pun ingin begitu.
Aduhai hati yang alpa.Bilakah akan bertemu noktahnya. Alangkah baik jika pandang diri kita, hati yang mengubahnya menjadi cantik. Alangkah indah jika kita manifestasikan kekurangan kita sebagai satu anugerah dan kelebihan kita satu keinsafan.
Kata Dato’ Dr.Fadzilah Kamsah : Untuk soalan keduniaan, bandingkan diri kita dengan orang yang kurang dari kita. Dan untuk soal akhirat, ibadat, bandingkan diri kita dengan orang yang lebih daripada kita.
Orang yang berkereta, bandingkan kita dengan orang yang berbasikal, orang yang berbasikal, bandingkan dengan yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki, bandingkan dengan yang tiada kaki. Barulah kit mengerti dan mensyukuri.


“Aku ingin hati yang bersih
Yang jujur bila berbicara,
Yang ikhlas bila membantu,
Yang kuat bila difitnah,
Yang tabah bila diuji,
Yang bersyukur bila disakiti,
Yang gembira bila dikhianati,
Yang ceria bila dibenci,
Aku ingin hati yang bersih,
Yang aib bila menghina,
Yang hina bila meminta,
Yang insaf bila terleka,
Yang menangis bila menyakiti,
Yang sugul bila membenci,
Yang malu bila dipuji,
Yang tawaduk bila dikasihi.
Sungguh ! Hati itu anugerah terindah dari Ar-Rahman pada makhluk yang bernama manusia. Bagi insan hina seperti aku yang banyak jahil dari tahu, yang banyak alpa dari peka, hanya satu pinta ku Ya Allah-Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dengan hati yang bersih.

Ku mengharapkan-Mu Ya Allah.

Ya Allah,
kurniakan kami dua mata yang menangis kerana takutkan-Mu
kurniakan kami dua mata yang berjaga malam kerana melakukan kerja Islam
kurniakan kami dua mata yang menatap kitab suci Al-Quran.

Ya Allah,
Kurniakan kami hati yang suci bersih yang selalu berzikir mengingati-Mu
kurniakan kami hati yang lembut dan mudah memaafkan orang.

Ya Allah,
kurniakan kami akal yang sentiasa berfikir akan kekuasaan-Mu
kurniakan kami akal yang cerdas berfikir untuk kemenangan agama-Mu.

Ya Allah,
kurniakan kami dua bibir yang basah menyebut nama-Mu
kurniakan kami dua bibir yang tidak jemu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ya Allah,
kurniakan kami kaki yang kuat untuk melangkah ke rumah-Mu
kurniakan kami kaki yang laju melangkah ke kuliah ilmu

Ya Allah,
kurniakan kami tangan yang mengajak orang ke jalan-Mu
kurniakan kami tangan yang suka memberi.

Ya Allah,
kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu.
Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa sedang kami hamba Yang hina dan lemah.
Kuatkan hati kami dalam menempuh jalan perjuangan ini.Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Sunday, September 7, 2008

Tips Untuk Memperbaiki Solat Kita

Petikan ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorgIslam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kainsembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbiri. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telingaii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telingaiii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada bukan telinga).Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kakiii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") 9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya. 10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduksedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kitatidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikanbahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktusolat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yg rambut pjg, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.

Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat. Pengalaman saya,oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baikkualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah,walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s. w. t. dan yg buruk itu dari saya.Wassalam...Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah S. A. W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat