Wednesday, October 29, 2008

Ku mengharapkan-Mu Ya Allah.

Ya Allah,
kurniakan kami dua mata yang menangis kerana takutkan-Mu
kurniakan kami dua mata yang berjaga malam kerana melakukan kerja Islam
kurniakan kami dua mata yang menatap kitab suci Al-Quran.

Ya Allah,
Kurniakan kami hati yang suci bersih yang selalu berzikir mengingati-Mu
kurniakan kami hati yang lembut dan mudah memaafkan orang.

Ya Allah,
kurniakan kami akal yang sentiasa berfikir akan kekuasaan-Mu
kurniakan kami akal yang cerdas berfikir untuk kemenangan agama-Mu.

Ya Allah,
kurniakan kami dua bibir yang basah menyebut nama-Mu
kurniakan kami dua bibir yang tidak jemu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ya Allah,
kurniakan kami kaki yang kuat untuk melangkah ke rumah-Mu
kurniakan kami kaki yang laju melangkah ke kuliah ilmu

Ya Allah,
kurniakan kami tangan yang mengajak orang ke jalan-Mu
kurniakan kami tangan yang suka memberi.

Ya Allah,
kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu.
Hanya Engkau Yang Maha Berkuasa sedang kami hamba Yang hina dan lemah.
Kuatkan hati kami dalam menempuh jalan perjuangan ini.Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments: