Wednesday, October 29, 2008

SOAL SEKETUL HATI

Dari Abu Hurairah An Nu’man bin Bayir r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Ketahuilah ! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah ! Itu yang dikatakan hati “. ( Maksud Hadis : Riwayat Bukhari dan Muslim )
Hati, Al-Qalb, Heart.
Manusia mana pernah akan puas.
Bila kita lihat orang yang berkereta besar, hati mula terasa iri. Terasa ingin sama memiliki.
Bila lihat sahabat terima markah yang tinggi. Kita mula mendendami. Kenapa aku tak merasai.
Bila kawan berbaju cantik. Hati mula menjerit-jerit. Aku pun ingin baju yang begitu-begini.
Bila kita merenung sahabat yang jelita. Kenapa dia sahaja yang cantik ? Aku pun ingin serupa.
Bila sahabat dapat kerja hebat. Hati mula berdegup kencang. Kenapa aku tak sebertuahnya.
Bila teman terima gaji yang mahal. Kita mula merasa tertekan. Aku pun ingin begitu.
Aduhai hati yang alpa.Bilakah akan bertemu noktahnya. Alangkah baik jika pandang diri kita, hati yang mengubahnya menjadi cantik. Alangkah indah jika kita manifestasikan kekurangan kita sebagai satu anugerah dan kelebihan kita satu keinsafan.
Kata Dato’ Dr.Fadzilah Kamsah : Untuk soalan keduniaan, bandingkan diri kita dengan orang yang kurang dari kita. Dan untuk soal akhirat, ibadat, bandingkan diri kita dengan orang yang lebih daripada kita.
Orang yang berkereta, bandingkan kita dengan orang yang berbasikal, orang yang berbasikal, bandingkan dengan yang berjalan kaki, orang yang berjalan kaki, bandingkan dengan yang tiada kaki. Barulah kit mengerti dan mensyukuri.


“Aku ingin hati yang bersih
Yang jujur bila berbicara,
Yang ikhlas bila membantu,
Yang kuat bila difitnah,
Yang tabah bila diuji,
Yang bersyukur bila disakiti,
Yang gembira bila dikhianati,
Yang ceria bila dibenci,
Aku ingin hati yang bersih,
Yang aib bila menghina,
Yang hina bila meminta,
Yang insaf bila terleka,
Yang menangis bila menyakiti,
Yang sugul bila membenci,
Yang malu bila dipuji,
Yang tawaduk bila dikasihi.
Sungguh ! Hati itu anugerah terindah dari Ar-Rahman pada makhluk yang bernama manusia. Bagi insan hina seperti aku yang banyak jahil dari tahu, yang banyak alpa dari peka, hanya satu pinta ku Ya Allah-Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dengan hati yang bersih.

No comments: