Sunday, December 13, 2009

Coretan Pengalaman Bersama Adik-adik Nisa Puchong




Peluang pertama kali Nisa Puchong mengadakan Kem Penghayatan Islam dan Sains di Taman Sri Raudah, Gombak benar-benar memberi ilmu dan pengalaman baru kepada kami AJK Nisa Puchong. Seawal cuti sekolah, kem Nisa diadakan.

Selaut kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana memberi ruang dan peluang kepada kami yang serba lemah dan kekurangan serta miskin jiwa dan harta ini untuk mengadakan program keagamaan bercorak lain dari kebiasaan.

Selama dua hari, satu malam bersama adik-adik remaja perempuan membuatkan jiwa dan mataku yang selama ini penat bekerja menaip tiap patah perkataan di laptop kesayanganku hampir setiap hari untuk menyiapkan Transliterasi Jawi Bustan al-Salatin Bab Lima akhirnya terubat. Syukur Alhamdulillah siap jua akhirnya tugasan pertama projek Masterku. Semoga Allah permudahkanku untuk langkah seterusnya menganalisis Teks Karangan Nuruddin al-Raniri yang memiliki Tujuh Bab kesemuanya. Dah kongsi cerita lain pulak ni.

Okey, sambung balik kisah kem Nisa yang julung-julung kali diadakan. Saya tak nak cerita kesusahan dan liku-liku kami menganjurkan kem tersebut kerana sudah lumrah setiap yang berjuang di jalan-Nya pasti diuji dengan susah dan payah yakni kemanisan di jalan dakwah. Saya nak coret dan kongsikan dengan sahabat-sahabat bahawa hampir keseluruhan program tersebut mencapai objektif yang ditetapkan. Respon yang baik dari adik-adik mengembirakan AJK Nisa dan ramai adik yang berharap agar Kem Penghayatan Islam dan Sains Kedua pula diadakan. Bukan adik-adik saja yang ingin kem kedua, malah kami sebagai AJK Nisa juga mengharapkan sama. Semoga gerak kerja akan datang dari Nisa khasnya akan lebih mantap dan diperkemaskan. Bukan mudah tapi tiada mustahil untuk melaksanakannya dengan perancangan rapi dan kebergantungan serta keyakinan yang kuat kepada-Nya.

Namun, objektif untuk melahirkan adik-adik yang benar-benar memahami dan beramal dengan apa yang diberikan bukan dapat dilaksanakan sekelip mata hasil kem selama dua hari. Penekanan terhadap solat yang sempurna dan berjemaah serta aurat. Biar adik-adik remaja perempuan dapat memahami dan beramal dengan dua perkara tersebut sahaja sudah memadai sebelum melangkah lebih jauh untuk menjadi insan kamil yang beriman dan bertaqwa.

Sudah menjadi kebiasaan remaja tidak gemarkan pengisian bercorak ceramah. Ketika ustazah menyampaikan tazkirah, sudah dapat dijangka pasti ada yang tidur, berbual dan bermain-main. Bagi mereka, biar ustazah cakap sorang-sorang kat depan. Hanya segelintir yang berminat, benar-benar fokus. Buktinya, apabila ditanya selepas tazkirah tidak ingat dan tidak tahu. Kesabaran kami perkuatkan ketika melayan karenah mereka.

Mereka lebih gemarkan program bercorak outdoor dan latihan dalam kumpulan. Tidak sabar-sabar untuk night walk dan jungle trekking. Betullah untuk menyampaikan sesuatu perkara mesti kena dengan cara dan minat mereka. Oleh itu, night walk di hujung perjalanan, kami adakan halaqah dan membaca surah al-mulk bersama-sama. Kami cuba sedaya upaya untuk memberi dan menyampaikan mesej agama Allah ini menurut kesesuaian dan minat mereka. Rancangan awal untuk memberi pengisian ketika jungle trekking, terpaksa dibatalkan memandangkan hujan renyai-renyai dan keselamatan mereka perlu dijaga dengan sebaiknya. Semoga usaha yang sedikit ini diterima sebagai amalan di sisi-Nya.

Wednesday, December 9, 2009

MUSLIMAT DAN PERJUANGAN

MUSLIMAT DAN PERJUANGAN

Para pejuang Islam mengalami berbagai macam kesusahan. Namun demikian semua ini hendaklah kita jadikan sebagai satu latihan bagi kita membiasakan diri di dalam menempuh kesusahan di dalam perjuangan Islam ini.
Kesusahan-kesusahan seperti ini mestilah dilatih. Jika dibandingkan dengan kesusahan pejuang-pejuang Islam di tanah air kita, Muslimat yang mendokong perjuangan Islam di luar Negara kita, mereka bukan sahaja menempuh kesusahan di tempat-tempat awam tetapi penyeksaan di dalam penjara-penjara. Kalau kita menghadapi kesusahan yang sedikit bermakna kita masih berada di dalam kesenangan tetapi Muslimat dan saudara-saudara kita yang berjuang untuk Islam di tempat lain mereka menempuh kesusahan di dalam penjara. Inilah perjuangan Islam yang sebenar.
Kita melihat di dalam kenyataan sejarah bagaimana Muslimat Mesir yang berjuang bersama-sama sebuah jama’ah Islam yang dikenali sebagai gerakan Ikhwan Muslimin, mereka sanggup menghadapi penyeksaan dalam penjara. Seorang pemimpin Muslimat Mesir, Zainab Al-Ghazali pernah diseksa di dalam penjara sehingga wajahnya dilihat seperti seorang yang berusia Sembilan puluh tahun sedangkan umurnya di dalam lingkungan empat puluhan. Cuba kita bayangkan bagaimana pahitnya penyeksaan yang diterima oleh seorang muslimat, iaitu; Zainab al-Ghazali. Apakah dosanya? Apakah kesalahannya sehingga ia disiksa di dalam bilik kurungan yang dipanaskan udaranya dan di dalam musim dingin sewaktu tengah malam dipasangkan penyaman udara dan diletakkan di atas air batu serta dilepaskan anjing ganas bersama Zainab al-Ghazali. Kata Zainab al-Ghazali ketika itu; “Saya tidak meletakkan harapan kepada sesiapa melainkan kepada Allah, hati saya bulat kepada Allah Azza wa Jalla.” Anjing yang dibiarkan lapar dilepaskan dalam bilik kurungan Zainab al-Ghazali dan anjing itu menerkam dengan ganas dan Zainab al-Ghzali menutup mukanya tetapi anjing itu mengerti bahawa orang yang hendak dijadikan sebagai mangsa itu bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang muslimah yang mempunyai sifat kesabaran dan ketaatan yang tinggi kepada Allah. Selama beberapa jam anjing itu menjilat seluruh tubuh Zainab al-Ghazali dan dilihat pakaian putih yang dipakainya itu sedikit pun tidak terkoyak dan tubuhnya tidak sedikitpun digigit oleh anjing itu.

Dalam keadaan yang demikian Zainab al-Ghazali sempat berdakwah walaupun ia diseksa sehingga seorang pemuda yang dilatih khas untuk menyeksa pejuang-pejuang Islam telah kembali kepada jalan Allah s.w.t setelah ia melihat ketabahan dan kesabaran Zainab al-Ghazali. Pemuda itu memanggil Zainab al-Ghazali dan berkata; “Wahai ibuku, selama ini aku tidak pernah sujud kepada Allah tetapi selama engkau berada di dalam tahanan ini, aku ditugaskan untuk menyiksa engkau. Sepanjang yang aku perhatikan terdapat perkara-perkara yang luar biasa yang tidak pernah aku lihat. Oleh itu ajarkanlah kepada saya bagaimana saya hendak mengenali Allah dan bagaimana saya hendak mendirikan sembahyang serta tunduk kepada Allah Azza wa Jalla.”
Zainab al-Ghazali di waktu disiksa sebegitu hebat dengan izin Allah s.w.t telah menyelamatkan seorang pemuda yang sesat dan hanyut oleh system jahiliyyah, sekularisme, nasionalisme dan sebagainya.
Bagaimanakah pula penyeksaan yang dialami oleh dua oang adik perempuan Sayyid Qutb ( Hamidah Qutb dan Aminah Qutb )? Mereka ditahan bersama-sama di dalam sebuah penjara tentera seperti yang dialami oleh Zainab al-Ghazali. Al-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah sebelum digantung mati sebagai syahid telah sempat menulis surat kepada adik perempuannya dan berkata kepada adik perempuannya itu. “Wahai adikku, barangkali sekarang ini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku. Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan kita ini; tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan ‘aqidah La Ilaha Illallah Muhammad al-Rasulullah.”
Perjuangan kita adalah perjuangan yang dimulai oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul Alaihimussalatu wassalam dan akan terus disambung sampai hari qiamat oleh mu’min yang akhir di bumi ini. Oleh kerana itu kita hendaklah kenal bahawa perjuangan kita (perjuangan Islam) walaupun bilangan kita kecil tetapi sebenarnya kita adalah merupakan satu kelompok yang besar yang dihantar oleh Allah ke dunia ini. Kita adalah merupakan penyambung-penyambung perjuangan kebenaran yang dimulai oleh para Rasul dan para Anbiya’ hanya akan berakhirnya bila berakhirnya dunia ini. Oleh itu yakinlah kita bahawa tidak ada kekuasaan manusia di bumi ini yang boleh menghalang dan menyekat perkembangan dan penerusan perjuangan Islam.

Contoh yang paling tinggi yang pernah ditunjukkan oleh Sahabiyyatul-Rasul (Muslimat) bersama Rasulullah s.a.w, iaitu kisah seorang Muslimah yang bernama Nasibah bin Ka’ab al-Ansariyyah. Ketika dalam peperangan Uhud, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya telah gugur syahid di medan itu. Dia kematian ayah, anak dan saudara tetapi Nasibah tidak mempedulikan hal itu tetapi yang ditanya bagaimanakah keadaan Rasulullah s.a.w. Apabila sahabat-sahabat memberitahu bahawa Rasulullah selamat dalam peperangan itu maka Nasibah berkata: “Segala penderitaan dan musibah yang menimpa aku, setelah diketahui selamatnya Rasulullah maka segala kesusahan itu tidak memberi apa-apa erti kepada aku.” Ertinya, bagaimana kita melihat semangat dan keimanan sehingga meletakkan kasih dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul melebihi daripada kasih kepada yang lain. Hal ini juga pernah diucapkan oleh seorang Muslimah yang baik, yang ta’at kepada Allah, iaitu Rabi’atul Adawiyyah dalam satu ucapan syairnya, di mana beliau berkata:
Wahai Tuhanku,
Apabila sah aku mendapat kasihMU, maka segala-galanya
Di dunia ini tidak ada erti lagi.
Kerana apa yang ada di atas tanah ini adalah fana’.

Jadi oleh kerana itu kewajipan kita Muslimin dan Muslimat adalah untuk meneruskan perjuangan Islam, menyampaikan Islam dan mendakwahkan Islam kepada masyarakat serta menyelamatkan keluarga kita dan masyarakat supaya jangan jatuh ke tempat yang merbahaya iaitu kekufuran dan kemurtadan. Oleh itu kita akan tetap teruskan perjuangan ini. Insya Allah.

Saturday, October 31, 2009

Terbang setinggi yang boleh wahai umat Islam..

























Gambar dari dalam kapal terbang Arab Saudi Airlines..Maha Suci Allah. Syukur Ya Rabb.



Kecil dan kerdilnya kami bila menjejak angkasamu.


sungguh indah kebesaran-Mu Ya Rabb.


Tuesday, October 6, 2009

Bismillah wal hamdulillah..

Hari Sabtu malam, 3 Okt memberi pengalaman dan ilmu yang baru kepada kami yang masih berjinak-jinak dengan dunia dakwah di luar bersama masyarakat. Dengan berkereta pada pukul 7 petang kami menuju ke Sekolah Menengah Agama Rawang.

Niat diperbetulkan demi mengharap keredhaan Allah Taala. Jalan sesak benar-benar menguji kami dalam suasana yang gelap pekat, kami redah jua demi janji dengan adik-adik untuk menyampaikan usrah kepada mereka. Terbayang wajah lembut dan bersih adik-adik sekolah agama. Bagi diriku yang pertama kali diajak oleh sahabat, benar-benar teruja untuk ke sana.

Kedudukan sekolah tersebut yang terletak di atas bukit, sangat memukau dan memikat hati kepada para pencinta alam. Aku yang sememangnya menyukai keindahan alam benar-benar bersyukur kerana berpeluang ke sana. Bukan senang untuk ke sana dengan jarak perjalanan yang memakan masa hampir sejam. Terima kasih Nadirah kerana menjemputku ke sana.

Kami tiba di sana kira-kira jam 9.00 malam. Ketika kami tiba di surau, adik-adik sedang bersalaman antara mereka. “Ya Allah, aku merindui saat bersama-sama sahabat di sekolah dahulu.” Kaki mengatur langkah dengan cepat memanjat tangga surau kerana kami telah terlambat. Alhamdulillah kami disambut dengan senyuman dan salaman dari adik-adik yang memiliki raut wajah yang tenang dan bersih. Bersyukur mereka berpeluang menimba ilmu di sekolah agama berbanding diriku hanya menuntut di SMK.
Adik-adik menjemput kami ke asrama sekolah mereka, ‘Aspuri’ yang terletak di atas bukit. Gembira dan seronok bertambah-tambah tatkala memasuki kawasan asrama mereka. Saat ini kurasakan setiap kali menghantar adikku yang menuntut di SMK Agama Melor, Kelantan. Suasana biah solehah terasa meresap pada diri kami. Sungguh tenang dan mendamaikan. Kelibat adik-adik yang memakai tudung labuh dibaluti baju kurung yang manis dan sejuk mata memandang. Jarang-jarang dapat dilihat suasana sebegitu.

Kami menyampaikan usrah kepada adik-adik naqibah yang telah dipilih oleh ustazah mereka. Aku hanya mendengar sahabat-sahabat menyampaikan silibus usrah sambil memerhatikan ketekunan adik-adik mengikuti usrah. Ketika usrah berjalan, tiba-tiba kami mendengar jeritan dan pekikan dari bilik dorm sebelah. Dan dalam masa sama kami melihat adik-adik dari bilik sebelah bertempiaran lari ketakutan. Aku dan Hani bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku. Sementara Nadirah meneruskan usrah bersama adik-adik.

Di bilik sebelah, seorang adik tingkatan 1 dirasuk histeria. Aku yang sememangnya belum pernah berhadapan dengan rasukan histeria terasa seram sejuk melihat adik tersebut yang bertindak ganas mencampak bantal dan kain. Dengan suara dan wajah yang garang dia memarahi kami dengan kasar. Perlahan-lahan adik ketua aspuri dan sahabat-sahabatnya masuk kembali ke dalam dorm untuk berbicara denga jin yang masuk ke dalam badannya. Keberanian adik-adik itu berkomunikasi dengan bijak dapat mengawal suasana kembali tenang. Aku yang berdiri di tepi pintu diajak oleh Hani untuk bersama-sama adik tersebut. Hani pegang tangan adik itu sementara Liyana berkomunikasi dengan jin tersebut. Penggantungan dan keyakinan adik-adik itu kepada Allah sangat kuat. Tidak perlu ditakuti kerana mereka juga makhluk Allah yang lemah. Komunikasi demi komunikasi dapat melancarkan suasana. Keengganan jin tersebut untuk keluar dari badan adik itu menyebabkan kami membaca ayat Kursi dan surah Yassin. Saat alunan ayat Quran bergema, jin tersebut memekik dan meronta-ronta kepanasan serta ingin keluar. Sangat sukar untuk jin itu keluar dari badan adik itu. Kami membantu dengan sepenuh tenaga sambil bacaan ayat Kursi dan Yassin terus bergema.

Ketika kami berusaha memulihkan adik itu, tiba-tiba kedengaran adik di bilik sebelah dan belakang pula yang dirasuk. Pekikan yang semakin kuat. Kami bergegas keluar dan menuju ke bilik tersebut.

“Ya Allah, apa musibah yang berlaku malam ini.? Tiga orang yang dirasuk.”

Suasana menjadi bertambah kelam kabut. Aku dan Hani menjadi semakin berani untuk menolong memulihkan adik-adik. Begitu juga adik-adik lain, saling membantu. Ustaz dan ustazah mereka pada malam tersebut tidak ada. Jadi, kami saling membantu untuk memulihkan adik-adik tersebut. Ketika jin tersebut berada di kaki, dia enggan keluar. Kami mengambil sudu dan mengepit di celah ibu jari kaki. Dia menjerit kesakitan. Akhirnya, setelah hampir 4 jam bertarung dengan suasana cemas dan kelam-kabut, keadaan menjadi tenang kembali dan tiada lagi raungan dan pekikan.
"Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah."

Kami mengambil keputusan untuk tidur di sekolah tersebut memandangkan hari telah jauh malam dan keadaan adik-adik tersebut masih membimbangkan. Keesokan pagi-pagi hari kami bertolak pulang ke UPM. Insya Allah, jika dipanjangkan umur, kami akan menjengah kembali ke SM.Agama Rawang.
Teringatku saat kami mengadakan teater seorang sahabat kami dirasuk tapi dia tidak memekik dan meraung. Dia mengalami kesakitan seolah-olah diambang sakaratul maut. Ada yang mengatakan dia dimasuki roh orang yang telah mati dan macam-macam cakap-cakap lagi..
"Adik-adik kami bakal jundullah penegak kalimah Allah di masa hadapan. Andai kami pergi dahulu Ya Allah, kami tinggalkan adik-adik tersebut untuk meneruskan perjuangan meninggikan agama-Mu walaupun mereka bukan zuriat keturunan kami yang akan meneruskannya. Namun Ya Allah, sebelum roh ini bertemu-Mu, izinkanku untuk melahirkan jundullah di masa hadapan yakni para mujahid dan mujahidah pembela agama-Mu. Perkenankan doaku. Ameen."

Saturday, September 12, 2009

10 ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya sahabat kepada Rasulullah s.a.w.: “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”

Maka jawabnya Rasulullah s.a.w. “Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU”.”

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w. bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati :-
1. Para Nabi
2. Para Mujahid
3. Para Ulama’
4. Para Syuhada’
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Mu’azzin (Penyeru azan/Bilal)
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah S.W.T. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
“Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku yang berpuasa dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA.”

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak- anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. “Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..

“LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN”

Saturday, September 5, 2009

Artikel Menarik

"Berdoalah kepada ALLAH dan hendaklah kamu percaya bahawa ALLAH tidak akan
memperkenankan doa dari hati orang yang lalai dan lengah."


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan
ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya
angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!".. Murid muridnya pun mengerti
dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali
berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah
"Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan
diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan
sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan
tidak lagi kekok.Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat
Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas
membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita
dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu,dari yang haq menjadi bathil,
dan sebaliknya.
Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal
tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh
mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda
mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik
dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi
sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi
hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan
dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib
adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.Paham?" Tanya Guru
kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu
akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah
tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif
dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar,
digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak
karpet." Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...
Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...
Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan
rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda
muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang
mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena
Ghazwul Fikri Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh
kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" Tanya murid-
murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib,
Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.""Begitulah Islam...
Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur.
Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak,
baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa
dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu
keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di
kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...
MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA
SEMAKIN TERANCAM! UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG
RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP,
HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!! JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN
APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI,
SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL,
MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH
DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN...


"MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN
APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL"

Thursday, August 20, 2009

Jom Bermuhasabah seketika

Umurku kini menginjak 23 tahun, pengalaman yang aku tempuhi dan kulalui sedikit sebanyak mendewasakan dan mematangkanku erti kehidupan ini. Anugerah Allah yang terbesar ialah nikmat Iman dan Islam.

Sepanjang hidup kita yang telah dikurniakan oleh Ilahi dengan pelbagai nikmat ini, sejauh mana kita sumbangkan untuk agama Allah? Apabila bertemu Allah Taala nanti, mampukah kita jawab atau kita terus terdiam apabila diaju soalan apa sumbanganmu terhadap agama ISLAM? Mampukah kita jawab? Soalan ini aku ajukan khusus terhadap diriku yang sering lalai dalam menjalankan amanah Allah ini. Takut dan gerunnya di saat itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apabila berbicara bab sumbangan bakti dan pemberian kita, ya kita memberi sumbangan dan berbakti kepada kedua orang tua, saudara mara dan sahabat handai serta masyarakat sekeliling kita. Betul, setiap hari kita memberi sumbangan kepada orang sekeliling kita. Syukur Alhamdulillah dengan peluang dan ruang yang ada dapat mempraktikkan ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Tidak banyak yang dapat diberi, cuma sedikit.

Namun, terfikirkah kita apa sumbangan dan bakti kita kepada ISLAM? Cuba kita sama-sama fikir, renung dan hayati bersama. Kadang-kadang kita bersikap mementingkan diri sendiri berbanding meletakkan keutamaan ISLAM di hadapan sekali melebihi kepentingan diri.

Aku merenung jauh ke dalam diri dan bertanya diri sendiri. Apa yang kita lakukan di saat ISLAM dihina dan ditindas? Adakah kita terlena di tilam yang empuk dibaluti selimut dingin dan bergembira bersama keluarga dan sahabat handai, di saat ISLAM diperlekehkan dan ketika UMAT ISLAM diperangi? Teringat hadis Nabi yang mengatakan bahawa baginda tidak akan mengaku kita sebagai umatnya seandainya kita tidak mengambil peduli urusan UMAT ISLAM. Ketika UMAT ISLAM ditindas dan dizalimi, kita tidak menolong saudara seakidah kita bahkan kedekut untuk mendoakan mereka apatah lagi berjihad fisabilillah. Alasan sering dicipta dan direka untuk melarikan diri dari menjalankan amanah agama ini. Berjuta-juta alasan diberikan untuk mengelakkan diri dari bersama-sama jemaah ISLAM bagi mendokong perjuangan ISLAM. Kenapa ye? Tepuk dada Tanya iman.

Di dunia ini, kita berjaya mencipta pelbagai alasan untuk tidak mahu menolong agama ALLAH. Namun, di akhirat nanti, jawablah di hadapan Pencipta Alam ini Yang Menguasai Hari Pembalasan. Hakikatnya, kita tidak mampu untuk beralasan di hadapan-NYA. Sekali lagi kuingatkan diri ini yang sering lalai dan lupa. Tulisan ini aku utarakan untuk mengingatkan diriku sendiri dan sahabat-sahabatku.

Diri yang lemah ini, kadang-kadang tidak mampu untuk menipu diriku sendiri bahawa sebenarnya aku sedih

apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat yang enggan bersama-sama di jalan ini. Apabila mesej yang

dihantar untuk mengajak ke tamrin, usrah dan program jemaah langsung tidak dibalas. Seandainya dibalas,

alasan yang diberi. “Ya Allah, tsabatkan kami di jalan perjuangan ini. Kuatkan jiwa dan kaki kami di jalan

ini..Anugerahkan kami sahabat-sahabat di jalan-MU. Ameen Ya Allah"

Wednesday, August 19, 2009

Kelebihan kaum hawa

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga

kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-

pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Saturday, July 25, 2009

Sahabat, kami menyayangimu..

Syukur Alhamdulillah pada-Nya kerana hari ini aku menerima mesej dari sahabat yang sudah lama tidak kedengaran khabar beritanya. “Izah, nak tanya ni, dah ada ke sahabat2 yang jadi ajk makanan untuk tamrin akan datang?”

Alhamdulillah, kakak ini menawarkan diri untuk membantu sahabat-sahabat. Berbanding sebelum ini, mesej yang dibalas sepi tanpa jawapan. Tertunggu-tunggu kami mengharap pertolongan. Akhirnya, mesej dihantar kepada adik-adik baru mengharap pertolongan.

Terus dibalas. “Okey! Boleh” tanpa perlu menunggu lama. Aku kagum dengan semangat perjuangan dan pemikiran baru adik-adik. Semoga semangat yang ada terus mengalir di jalan dakwah ini sehingga ke akhir hayat.

Aku membalas mesej kakak itu. “Alhmadulillah dah ada adik-adik yang jadi ajk makanan. Kenapa kak?” ..”Saje Tanya, Alhamdulillah dah ada yang membantu.”

Pengajaran yang ingin kusampaikan, bersangka baik setiap masa dan sayangilah sahabat kita walaupun dia sudah lama menyepi di jalan perjuangan ini. Siapa tahu dengan izin Allah, sahabat kita akan bangkit lebih hebat daripada kita dalam membela agama Allah satu hari nanti. Dan tidak mustahil kita pula menjadi sebaliknya. Oleh itu, ingatlah dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan, kita akan sentiasa dinilai dan diawasi oleh Yang Maha Pencipta. Setiap amal perbuatan ikhlaskan kerana Allah semata-mata. Semoga dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh menghalang kemenangan Islam.

Baitul Muslim



















Mahligai kasih abang Long dan Kak Salma


















Gerbang perkahwinan Abang Nik dan Kak Raihan





















Baitul Muslim Kak Ngah dan Abang Man







Nabi Musa bertemu jodoh di Kota Madyan


BERKATALAH dia (Syuaib): “Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang daripada kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) daripada kamu, maka aku tidak hendak memberkati kamu.

Dan kamu insya-Allah akan mendapatiku termasuk orang- orang yang baik. (al-Qashash: 27).
PADA suatu hari, apabila tiba di Madyan, Nabi Musa telah menolong dua orang gadis mengambil air untuk kambing-kambing gembalaan mereka. Nabi Musa kasihan melihat gadis itu menunggu giliran untuk mengambil air kerana terlalu ramai lelaki di situ. Lalu, kedua anak perempuan itu pulang dan menceritakan akan hal itu kepada bapa mereka.
Bapa mereka menyuruh salah seorang daripada anaknya menemui Nabi Musa dan menjemputnya ke rumah. Maka, anaknya itu menemui Nabi Musa untuk menjemputnya ke rumah mereka.

Apabila tiba di rumah mereka, Nabi Musa disambut oleh bapa kedua-dua gadis itu. Bapa mereka mahu Nabi Musa menceritakan tentang dirinya. Maka, Nabi Musa menceritakan segala-galanya dan beliau kemudiannya diminta tinggal di rumah itu.
Tinggallah Nabi Musa di situ dan kehidupan beliau di situ sangat tenang dan bahagia. Hubungan Nabi Musa dan mereka juga semakin rapat.

Salah seorang anak perempuannya mahu Musa bekerja dengan mereka.
“Wahai ayah, elok sungguh sekiranya kita mengambil lelaki itu bekerja dengan kita. Dia banyak membantu kita dan juga seorang yang sangat kuat,” kata anak perempuannya.
“Baiklah anakku,” jawab ayahnya acuh tidak acuh.
Bapanya faham sangat akan perasaan anaknya itu.
Pada suatu pagi, bapa mereka telah memanggil Nabi Musa. Dia mahu bertanya akan hajatnya kepada Musa.

“Wahai Musa, aku mempunyai cita-cita untuk mengahwinkan engkau dengan salah seorang daripada anakku. Aku harap kamu dapat menemaninya dan menolongku. Bekerjalah kamu di sini menggembalakan kambing selama lapan tahun lamanya, sebagai mas kahwin untuk anakku. Sekiranya kamu suka, tambahlah dua tahun lagi. Itu bergantung kepada kesanggupanmu,” kata bapa gadis tersebut.

“Saya terima apa yang dihajati. Saya berjanji akan turut mana-mana keinginanmu sama ada lapan atau 10 tahun lamanya. Allah akan menjadi saksi atas perjanjian kita ini,” kata Musa.

Dengan perkahwinan itu, Nabi Musa hidup bahagia kerana mendapat isteri yang cantik dan mentua yang baik. Nabi Musa bekerja keras bagi memenuhi janji yang telah ditetapkan.
Walaupun beliau bahagia dengan kehidupannya tetapi telah tiba masanya untuk pulang ke Mesir. Setelah perjanjian bersama dengan mentuanya tamat. Nabi Musa bersama isterinya berangkat pulang ke Mesir. Nabi Musa meninggalkan mentuanya yang sudah tua. Baginda berdoa semoga selamat sampai ke destinasi. Baginda turut berdoa semoga Allah memelihara keluarga isterinya itu.


PENGAJARAN

* Apabila kita berjanji, hendaklah kita menunaikannya.
* Hendaklah kita menolong orang yang berada di dalam kesusahan.

Sunday, July 12, 2009

IBADAT UMRAH

Perjalanan kami mengerjakan ibadat umrah bermula pada 30hb Mei dan selamat kembali ke tanah air pada 11hb Jun. Syukur pada Allah yang telah memilih kami yang serba kekurangan ini untuk menjadi tetamu-Nya. Terima kasih ma abah kerana dengan murah hati membawa kami tiga beradik bersama-sama mengerjakan umrah. Niat ibuku untuk membawa kami ke tanah suci akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah dengan izin-Nya kami dapat menjejakkan kaki julung-julung kalinya ke tanah suci.

Kami bertolak dari Malaysia pada pukul 1.00 tengahari dan selamat tiba di lapangan terbang Madinah pada pukul 5.30 petang. Perjalanan selama 9 jam membuatkan kami berasa tidak sabar-sabar lagi untuk melihat keindahan bumi suci sebagaimana yang diceritakan oleh jemaah haji dan ditonton dalam tv. Mata kami sekejap-kejap pandang ke luar tingkap melihat keindahan bumi Allah. Subhanallah sangat cantik melihat bumi Allah.

Kapal terbang Arab Saudi Airlines yang kami naiki sangat besar dan dapat menampung ramai penumpang pada satu-satu masa. Dianggarkan seramai 450 orang yang menaiki kapal terbang tersebut. Makanan yang disediakan di atas kapal terbang separuh masak menyebabkan ramai penumpang yang muntah ketika kapal terbang hendak mendarat. Di samping itu, ketika pendaratan berlaku sedikit gegaran membuatkan perut beralun dan seterusnya muntah. Termasuk diriku yang lemah ini. Habis semua makanan yang dimakan muntah. Terdengar penumpang di belakang, kiri dan depanku muntah. Samalah semua. Cuaca panas juga mula terasa.

Alhamdulillah kami berada di Madinah selama 2 hari dan di Mekah 9 hari. Kami menginap di hotel yang sangat bagus dan selesa. Boleh dikatakan bertaraf empat bintang. Di Madinah, kebanyakan hotel besar. Makanan juga sedap kerana masakan orang Patani.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi, terasa kerdilnya diri ini. Subhanallah…sangat cantik dan indah. Teruja dan tidak sabar untuk masuk ke dalam masjid. Sebelum melangkah masuk ke Masjid Nabawi, beg kami perlu diperiksa. Masya Allah.. kalimah pertama menutur di bibir saat memandang dan meneroka ke dalam masjid. Sangat luas dan besar. Botol air yang sentiasa di dalam beg, kami isi dengan air zam-zam. Seterusnya, mengambil tempat ke dalam masjid. Laungan azan bergema kuat. Syahdunya..

Bacaan imam benar-benar menusuk hati kami di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Bacaan mereka sangat merdu dan jelas. “Ya Allah, gembiranya dapat solat di masjid-masjid ini yang pernah Nabi dan para sahabat solat di dalamnya.” Gembira melihat ramainya umat manusia berduyun-duyun ke masjid setiap kali waktu solat. Pertama kali aku tengok muslimin yang berlari-lari kerana mengejar solat berjemaah. Manakala muslimat pula melajukan langkah untuk mendapatkan pahala berjemaah. Alangkah indahnya jika keadaan tersebut berlaku di Malaysia.

Pada malam pertama, kami dapat melihat bumbung Masjid Nabawi bergerak. Cantik sungguh dan dapat melihat bumbung langit pada waktu malam dihiasi bintang dari dalam masjid. Subhanallah, masya Allah..indahnya.

Hari pertama kami di Madinah, kami dibawa melawat sekitar Masjid Nabawi. Antaranya, pasar-pasar di tepi masjid, perkuburan Baqi’ dan masjid-masjid dahulu yang tidak digunakan lagi. Pembinaan sedang dilakukan di sekitar masjid, pintu yang selalu jemaah muslimat masuk, ditutup untuk pembaikan. Jadi, kami masuk melalui pintu yang jauh ke belakang. Hari kedua, pagi-pagi lagi kami menaiki bas melawat Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, pasar kurma, kubur isteri Nabi s.a.w dan ladang kurma.

Selepas solat Zohor, kami bertolak ke Mekah dengan tiga buah bas. Dalam perjalanan, kami singgah untuk solat Asar. Sangat cantik masjid tersebut. Perjalanan memakan masa selama 5 jam. Selawat dan zikir kami alunkan perlahan-lahan. Kami tiba di Mekah pada pukul 10.30 malam. Selepas makan malam, kami terus mengangkat beg-beg ke dalam bilik. Seterusnya, kami perlu tidur awal agar dapat mengerjakan ibadat umrah dengan baik pada esoknya. Ada sebilangan jemaah yang terus mengerjakan ibadat umrah ( tawaf dan saie ) pada malam tersebut. Kuatnya badan mereka tapi kepenatan juga..sampai-sampai terus mengerjakan umrah.

Ramai juga jemaah kami yang membawa anak-anak kecil untuk mengerjakan umrah. Satu keluarga, empat atau lima orang anak yang turut dibawa. Alhamdulillah. Ada yang emak mereka tak boleh berjalan, mereka bergilir-gilir tolak dengan kerusi roda. Gigihnya mak cik dan anak-anaknya. Terdapat juga jemaah kami yang sindrom down, turut sama mengerjakan ibadat.

Satu peristiwa yang menyentuh hatiku adalah melihat peminta-peminta sedekah kanak-kanak yang dipotong kedua-dua belah tangannya. Cukup menyayat hati di tengah-tengah cuaca yang panas terik mereka duduk berlutut di sekitar masjidil haram, di tempat pembinaan. Kenapa kerajaan Arab tidak mengambil tindakan untuk menjaga rakyat mereka..Kanak-kanak tersebut merupakan orang Arab kulit hitam yang hidup susah. Tak ada siapa yang menghulurkan sedekah.

Sahabat-sahabat nak tau, aku bertemu dengan Syaza mmk kpz di hadapan Masjidil Haram ketika nak melangkah masuk Syaza menegurku. Subhanallah, di kalangan berjuta-juta umat manusia, Allah mempertemukan kami. Syukur pada-Nya. Syaza juga datang bersama keluarganya.

Setiap kali selepas solat fardhu, kami akan mengerjakan solat jenazah. Setiap waktu pasti ada solat jenazah. Pelbagai bangsa kami dapat bertemu di sana. Kami mengerjakan ibadat tawaf dan saie pada waktu pagi kerana di saat itu tidak ramai orang berbanding waktu malam.

Masyarakat Arab sangat dermawan. Selepas solat pasti ada sedekah makanan. Orang kita panggil sabilillah atau ‘sabil’. Di tepi jalan, selepas subuh kami menerima sebuku roti bulat yang besar dari pak syeikh arab. Sebelum ini, kami pernah menerima seplastik besar nasi Arab dan kurma. Makanan kat sana sangat mewah dan sedap-sedap. Orang Arab terkenal dengan sifatnya yang sangat memuliakan tetamu. Ketika kami ke pasar, pasti Pak Arab bersalam dan berdakap dengan abah dan adikku. Sangat memuliakan tetamu jika dibandingkan dengan penjual-penjual di Malaysia. “Malaysia bagus”, ungkapan itu yang dituturkan Pak Arab untuk menarik pelanggannya. Namun, Pak Arab jenis tidak sabar, di jalan-jalan raya sering kedengaran hon-hon kereta yang tidak henti-henti. Kenderaan yang dipandu juga laju. Aku perhatikan tiada wanita Arab yang memandu kenderaan. Semua lelaki Arab. Wanita Arab tidak dibenarkan keluar bebas tidak seperti wanita di Negara kita.

Hari terakhir kami di sana terasa sangat syahdu, sayu, sedih dan berat hati untuk meninggalkan bumi Mekah. Kami bertolak selepas waktu Asar ke lapangan terbang Jeddah. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat bumi Jeddah yang disirami lampu-lampu yang sangat cantik. Mewahnya Negara Arab ni, ya negaranya merupakan Negara yang kaya. Hasil bumi utamanya adalah minyak.

“Ya Allah, pilih dan jemput kami kembali menjadi tetamu-Mu di tanah suci ini.” Ketika kapal mencecah ruang udara, terasa diri ini telah jatuh cinta pada bumi Mekah. Syukur pada-Mu Ya Rabb. Kerinduan pasti menggamit kami kembali untuk ke sana. Insya Allah.

Saturday, July 11, 2009

Sambung Pengajian..alhamdulillah.

Alhamdulillah..

Syukur pada Yang Maha Esa dapat kukembali menjejakkan kaki ke bumi UPM setelah dua bulan bercuti. Pengajian Master semester pertama 2009/2010 bermula pada hari Jumaat 10hb Julai 2009. Kelas kami hanya hujung minggu iaitu hari Jumaat dan Sabtu. Alhamdulillah hari lain ku berkesempatan menjaga kedai PMIUPM.

Besar harapan abah yang benar-benar bercita-cita untuk melihat anak perempuannya ini menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi lagi. “Insya Allah abah, kak jah akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi”. Janjiku sungguh-sungguh. Kakakku pun tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan kepadaku. Macam-macam nasihat diberikannya.

Dua abang dan dua kakakku semua dah bekerja. Alhamdulillah. Aku dan adik bongsuku, Aiman yang tingkatan empat masih menuntut. Semoga Allah menolong dan mempermudahkan urusan kami setiap masa dan ketika.

“Ya Allah, aku tak nak terpinggir dalam perjuangan menegakkan agama-MU. Semoga usahaku ini dapat melahirkan lebih ramai intelektual muslim dalam jemaah Islam dan seterusnya menolong dan mengukuhkan jemaah Islam serta ummah.” Aku tak nak menyambung pelajaran untuk mendapat gaji yang tinggi untuk kepentingan diri dan keluarga semata-mata, namun lebih jauh lagi ingin kusumbangkan untuk jemaah Islam dan fakir miskin yang memerlukan.

Aku pernah terbaca buku jutawan internet muda, Irfan Khairi. Doa yang sentiasa dipanjatkannya; “Ya Allah, jadikanlah aku seperti air yang sentiasa mengalir tenang di sungai yang menghilangkan dahaga kepada semua orang pada setiap hari” Bukan mudah untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan melainkan dengan usaha keras yang tidak pernah jemu dan berputus asa. Matlamat yang jelas dan tetap kita tuju dengan hati yang suci bersih mengharap dan mendamba pertolongan-Nya. Hanya orang yang berusaha akan mendapat hasilnya.

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” ( al-Nahl: 97 )

“Kekuatan dan motivasi yang cukup kuat adalah kembali dan ingatlah kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.” kata Kak Basitah ketika kami sama-sama satu usrah dahulu dengan Kak Aida Ros. Pengorbanan Nabi s.a.w dan para sahabat serta para syuhada’ dalam menegakkan Islam di muka bumi ini tidak dapat disamakan dengan pengorbanan kita. Kesusahan yang kita alami hanya secebis. Sering kuingatkan diri ini tatkala rasa lemah. Semoga Allah memilih kami untuk sentiasa mendapat redha dan rahmat dari-Nya. Ameen.


Cahaya Kemuliaan.

Saturday, June 20, 2009

UMRAH..SATU PROSES PENYUCIAN JIWA.


ladang kurma

masjid Quba



maha suci Allah

Thursday, May 28, 2009

Sanaa’, doktor pakar dan pendakwah

Menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah satu tugas atau peranan yang dikhususkan kepada golongan bernama ustaz, ustazah, pensyarah, lebai, imam dan sebagainya, tetapi ia dipertanggungjawabkan ke atas seluruh umat Islam. Tanpa mengira latar belakang pendidikan atau kerjaya, maka golongan seperti polis, tentera , jurutera, doctor turut terlibat dalam kerja-kerja dakwah.
Inilah jalan yang cuba difahamkan oleh pengasas Gerakan Ikhwanul Muslimin, Imam Syahid Hassan alBanna kepada seluruh umat Islam walau di mana mereka berada. Almarhum melakukan penggemblengen tenaga oleh pelbagai individu untuk berada dalam satu saf bagi merealisasikan tuntutan sebaik-baik umat dengan menjalankan amar makruf dan nahi mungkar.
Demikianlah sahutan yang dibuat oleh Dr Sanaa’ Abu Zaid, salah seorang anggota Ikhwan Muslimin yang memilih jalan akhirat dalam perjuangan hidupnya, bersusah-susah untuk memastikan agar ramai manusia menerima Islam sebagai cara hidup sempurna. Sedangkan bagi orang lain, gelaran doctor perubatan boleh buat duit, sama ada menerima bayaran gaji yang tinggi atau membuka klinik peribadi yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan.

Latar belakang kehidupan Dr Sanaa’

Beliau dilahirkan pada 10 Safar 1371H/ 9 November 1951M di Kampung Kufr an-Nikman dalam mukim Maiyit Ghmar wilayah ad-Daqahliyyah.
Mendapat pendidikan awal di kampungnya dan juga peringkat menengah, kemudian menyambung pelajaran di Fakulti Perubatan dan Pembedahan Universiti Qasr al-Aini Kaherah tahun akhir pada 1976 dengan mendapat keputusan cemerlang. Pada 1981 menyambung pelajaran di peringkat MA dalam bidang Perubatan Kanak-kanak di Universiti Kaherah.
Berkahwin dengan Dr. Samihah Khalil Hassan dan dikurniakan enam anak. Isterinya meninggal dunia akibat sakit, kemudian beliau berkahwin dengan Nadiah Faruq dan diaugerahkan dengan tiga orang cahaya mata. Dr. Sanaa’ adalah anak ketiga daripada Sembilan adik beradik, tiga lelaki dan enam perempuan serta memiliki lapan orang cucu.

Memulakan kerjaya sebagai pendakwah

Dr Sanaa’ menjadikan tugas menyeru manusia ke jalan Allah (tugas dakwah) adalah yang pertama setelah selesai menamatkan pengajian. Walaupun mendapat tawaran pekerjaan di Kementerian Kesihatan Mesir dengan pendapatan lumayan sebagai doctor pakar bedah kanak-kanak dan pembedahan, beliau tidak memikirkan mengenainya, malah memfokuskan kecenderungan kepada arena dakwah secara serius.
Sebagai perkara rutin dalam agenda harian Dr Sanaa’, beliau menghubungkan diri kepada Allah SWT sebelum memulakan apa jua tugas dan pekerjaan pada waktu pagi. Setelah selesai solat subuh, beliau akan duduk untuk beberapa ketika bagi menghabiskan pembacaan al-Quran, berzikir Ma’thurat, solat Dhuha dan lain-lain sebagai memohon restu dan izin Allah agar menerima segala apa yang dilakukan pada hari itu.
Ia juga adalah amalan yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w iaitu bertemu dengan Allah terlebih dahulu sebelum berurusan dengan manusia. Pada waktu malam pula bermunajat kepada Allah agar diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas sebgai muslim yang menyeru manusia ke jalan Allah atau ‘Amar Makruf dan Nahi Mungkar.
Dr Sanaa’ adalah antara golongan doctor terawal yang pernah bertugas di Persatuan Perubatan Islam dan pengasas cawangan tersebut di daerah Sayidatina Zainab, Kaherah dan terlibat secara sukarela mengajar subjek sains di sebuah sekolah rakyat khususnya untuk anak-anak pinggir Bandar yang miskin tanpa diberikan kepadanya kerana sekolah berkenaan amat memerlukan guru yang ikhlas.

Minat mendalam terhadap agama

Menurut kakak sulungnya Fatimah, adiknya Dr Sanaa’ sejak kecil amat minat untuk ke masjid bagi menunaikan solat fardu lima waktu secara jemaah dan mendengar penjelasan penceramah mengenai ilmu-ilmu fardu ain. Walaupun sebagai kanak-kanak tumpuan kepada pembelajaran tidak difokuskan, beliau seperti kanak-kanak lain yang datang ke masjid menjerit sana sini, namun boleh berdiam jika ditegur oleh orang masjid.
“Kami tidak peduli itu semua, yang penting adik kami Sanaa’ suka ke masjid dan ia menunjukkan petanda awal minatnya mendalam tentang agama. Justeru, kami sering beri dorongan kepadanya untuk terus ke masjid, kami yakin satu hari nanti dia akan jadi manusia yang berguna untuk agama, masyarakat dan Negara,”tegas Fatimah.
Kerajinannya yang sering ke masjid. Maka beliau disukai oleh orang-orang masjid pada usia yang terlalu muda, begitu juga di kalangan ahli keluarga. Dia amat menghormati perintah kedua ibu dan bapa, menghormati kakak-kakak dan abang-abangnya serta menyayangi adik-adik, jiran tetangga, guru-guru dan sahabat handai, ia adalah terjemahan sikap positif daripada pengajaran akhlak yang disemai oleh ahli keluarga dan orang-orang masjid.
Fatimah selanjutnya menjelaskan, bahawa beliau mengalami masa-masa suram kerana kehilangan ibu, ayah, suami, anak perempuan, tetapi yang paling sedih apabila berita kematian adik saya Sanaa’, bagaikan tidak dapat menerima berita kematiannya, kerana seluruh hidupnya diabadikan untuk perjuangan Islam,pemilihannya untuk bersama Gerakan Ikhwan Muslimin adalah tepat tatkala majority manusia sudah hilang pegangan dan kepercayaan terhadap Islam, saya bersyukur adik saya dipelihara Allah.

Dr Sanaa’ menurut pandangan isteri

Sejak saya berkahwin dengannya, saya telah melihat dengan mata sendiri bagaimana Dr Sanaa’ adalah seorang suami yang amat mentaati perintah-perintah Allah. Saya bahagia hidup dengannya, pernah suatu hari beliau berkata kepada saya bahawa saya adalah seorang isteri yang diperlukan bagi membantu kerja-kerja dakwah. Saya menyifatkannya bukan sahaja sebagai seorang ayah, motivator, pendidik atau seorang saudara yang banyak memberi motivasi untuk hidup bersama Islam.
Walaupun beliau pernah kehilangan isterinya yang pertama, kebaikannya sering diceritakan kepada saya agar saya mengambil mana-mana yang baik untuk dijadikan sebagai pendorong kepada kerja-kerja dakwah Islam. Anak-anak suami bersama isteri pertama bagaikan anak-anak saya juga, tidak ada perasaan sebagai seorang ibu tiri, kerana kami semua ditarbiyah mengikut acuan al-Quran, hadis Nabi Muhammad saw, dan Sirah baginda.
Dr Sanaa’ juga amat menitikberatkan ketepatan menunaikan janji, pada masa yang sama menjaga kepentingan para pesakit di bawah pengawasannya dengan sebaik-baiknya. Di samping berdakwah kepada mereka betapa Allah swt yang mencipta sakit dan DIA juga yang menyembuhkan penyakit, itulah kata-kata yang sering dilontarkan kepada pesakitnya bahawa hidup dan mati adalah ujian daripada Allah, hidup mesti berbakti untuk menegakkan syiar agama-Nya.
Pesanan Dr Sanaa’ kepada anak-anaknya: Jadilah kamu manusia di kalangan hamba-hamba Allah yang menghubungkan diri kepada-NYA, peliharalah hubungan itu dengan sebaik-baiknya, penuhilah kehidupan dengan nasihat, tunjuk ajar ke jalan kebenaran, buktikan penampilan diri dengan akhlak-akhlak yang mulia pada setiap detik dan ketika, beramallah dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah melalui pembacaan, penghafazan, penghayatan dengan al-Quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah saw, lakukan solat secara berjemaah dan insya Allah hidup penuh dengan ketenangan dan kedamaian.”
Seperkara lagi yang dirasakan penting, di mana Almarhum DR Sanaa’ sering menyeru ahli keluarganya untuk menghidupkan sunnah Rasulullah dalam segenap agenda hidup sejak mencelikkan mata di waktu pagi hinggalah pada waktu memejamkan mata untuk masuk tidur, beliau juga sering berdoa: “Ya Allah! Janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan memarahi kami, dan janganlah hancurkan kami dengan seksaan-MU.”
Dari sudut tarbiyah pula, Dr Sanaa’ menterjemahkan kaedah yang diasaskan oleh Imam Hassan alBanna dalam menjelaskan kesyumulan Islam di samping pandangan-pandangan bernas pimpinan Ikhwan yang banyak menjadi inspirasi kepadanya seperti Syeikh Muhammad al-Ghazali, Ustaz Mustafa Masyhur, Syeikh Umar Tilmasani dan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qardawi.
-sumber: ikhwanonline.com

Sunday, May 24, 2009

Nukilan dipetik dari novel Tariq bin Ziyad

Assalamualaikum wbt, ana nukilkan khusus untuk tatapan sahabat-sahabat. Kata-kata yang indah dan menarik dalam buku Novel Sejarah Islam Tariq Menang ataupun Syahid karya Abdul Latip Talib ana coretkan di bawah ini. Mari sama-sama kita hayati dan renungi. Moga bermanfaat untuk kita dan Islam serta seluruhnya


TARIQ ZIYAD

(670 – 720M / 75H – 125H )

“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian mahu lari? Demi Allah, apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran…”


1) “Diizinkan perang bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah amat berkuasa menolong mereka (mencapai kemenangan) iaitu mereka yang keluar dari negeri mereka tanpa hak kecuali mereka berkata Tuhan kami hanyalah Allah.”
( Surah al-Haj: 39-40)

2) “Peang itu tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh orang Muslim. Ia digunakan semata-mata dengan perasaan perikemanusiaan demi kepentingan umat yang lebih luas.”
-Sahih Muslim,III: m/s 938-ayat penjelasan.

3) “Apabila kamu berjuang menentang orang kafir maka pancunglah lehernya, sehingga kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya…”
(Surah Muhammad: 4)

4) Nabi Muhammad berkata, Barang siapa mati padahal dia tidak pernah berjihad ataupun tidak pernah berniat hendak berjihad maka matilah dia seperti jahiliah.”
( HR Bukhari &Muslim)

5) Nabi Muhammad berkata, “Seburuk-buruk sifat yang ada pada seorang lelaki ialah kedekut kerana takut miskin dan lari dari medan perjuangan.”
( HR Abu Daud )

6) “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang bagi membela agamanya dalam saf yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
( Surah As-Saf : 4 )




7) Jihad dalam Islam bukan satu kegiatan kejam yang ditujukan dengan sembarangan pada orang bukan Islam. Ia adalah nama yang diberikan kepada satu perjuangan yang membulat yang seorang Muslim perlu melancarkan terhadap kejahatan dalam apa jua bentuk ataupun rupa ia menjelma.”
-Sahih Muslim,III: m/s 938.


8) “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikannya syurga. Mereka berperang untuk jalan Allah lalu mereka yang membunuh ataupun terbunuh.”
( Surah al-Taubah: 111)

9) “Setiap orang yang berusaha meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena ( penulisan ) dan lidah ( pendakwah )
-Sayid Abdul ‘Ala al-Maududi.

10) “Apabila kamu bersabar tetapi dalam keadaan bersedia, musuh datang menyerang kamu, ketika itu juga Allah menolong kamu dengan menghantar 5,000 malaikat yang memakai tanda.”
( Surah Ali-Imran : 125 )

11) “Jangan kamu berlaku khianat, jangan menipu, jangan membunuh lawan secara kejam, jangan membunuh anak-anak, lelaki yang berusia, dan wanita. Jangan menebang pohon kurma ataupun pohon yang sedang berbuah, jangan lakukan pembakaran, jangan menyembelih sapi, unta ataupun ternakan kecuali sekadar keperluan untuk dimakan dagingnya sahaja. Apabila kamu berjumpa dengan orang-orang yang sedang beribadat dalam biara ataupun gereja, biarkanlah mereka jangan mengganggu mereka.”
-Sayidina Abu Bakar as-Siddiq.

12) Nabi Muhammad berkata, “Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan.”
( HR Tarmizi dan Nas’i )

13) “Jangan kamu menyangka mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”
( Surah Ali-Imran : 169 )

14) “Ajarlah anak-anak kalian berenang, memanah (menembak), seni mempertahankan diri dan menunggang kuda.”
-Sayidina Umar bin Khattab.

15) “…bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya dan tawan mereka dan juga kepunglah mereka serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya…”
( Surah al-Taubah: 5 )



16) “Berlawan pada jalan Allah hanyalah salah satu aspek jihad. Ini juga dalam Islam bukannya satu perbuatan pengganasan yang menggila. Ia mempunyai fungsi material dan moral, iaitu pemeliharaan diri sendiri dan pemeliharaan peraturan moral di dunia.”
-Sahih Muslim,III: m/s 938.

17) “Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar iaitu daripada orang-orang yang diberikan kitab sehingga membayar jizyah…”
( Surah al-Taubah: 29 )

18) “Tidak ditimpa luka seseorang pada jalan Allah, kecuali dia datang pada hari kiamat dalam keadaan lukanya masih berdarah, warnanya tetap merah adapun baunya seperti bau kasturi.”
( HR Abu Daud )

19) “Barangsiapa yang berperang pada jalan Allah sampai dia terbunuh ataupun mendapat kemenangan, maka kami kurniakan kepadanya pahala yang besar.”
( Surah an-Nisak: 74 )

20) Nabi Muhammad berkata, “Mengawal kubu Islam sehari semalam kerana Allah adalah lebih baik daripada puasa sebulan dan sembahyang pada waktu malamnya. Barangsiapa yang mati dalam keadaan mengawal kubu Islam, matilah dia sebagai seorang yang berjihad dan dibawa rezekinya dari syurga serta aman dia daripada fitnah.”
( HR Iman Muslim )

21) Nabi Muhammad berkata, “Orang-orang yang mati syahid akan diberi peluang memberi syafaat kepada 70 orang ahli keluarganya.”
( HR Abu Daud )

22) Nabi Muhammad berkata,”Barangsiapa terbunuh kerana membela hartanya maka dia mati syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana membela darahnya maka dia itu syahid, barang siapa yang terbunuh kerana membela agamanya maka dia itu mati syahid dan barangsiapa terbunuh kerana keluarganya maka dia mati syahid.”
( HR Tarmizi dan Nasa’i )

23) Nabi Muhammad berkata, “Darjat orang yang berjuang pada jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama 70 tahun.”
( HR Tarmizi )

Friday, April 24, 2009

USRAH KAMI

Salam perjuangan kepada semua sahabat tercinta yang mengalir roh-roh dakwah di segenap darah dan berdenyut nadi setiap saat memperjuangkan kalimah Allah.

Usrah terakhir bersama sahabat-sahabat tahun akhir dan abi meninggalkan kenangan yang indah dan terpaut di ingatan. Ya, kenangan bersama dalam dunia Islam di kampus susah untukku kikis dan tanggalkan dalam memori ini. Bermula di sini aku mengenali sahabat-sahabat, kenal Islam dengan mendalam, kenal perjuangan Islam. Di jalan ini kami berkorban masa, tenaga, hati dan perasaan untuk melihat Islam subur di bumi hijau ini. Kami gembira dan bersyukur pada-Mu Ya Allah, atas pilihan dan amanah yang Engkau berikan pada kami.

Teringat kata-kata sahabat kami, Iqbal pada malam usrah tersebut, apabila susah dalam perjuangan barulah kita mengerti kemanisan berjuang dan merasai erti penderitaan Nabi dan para sahabat. Kami berkongsi pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang bergelut di jalan dakwah ini. Malu untuk dikongsi tapi apa yang dikongsi dapat dirasai bersama.

Jika kita benar-benar ikhlas untuk memikul beban dakwah ini, kita akan diuji. Begitulah untuk setiap yang bergelar pejuang agama Allah. Tidak lari dari hinaan, penderitaan, kesakitan, kesusahan dan kepenatan. Tapi ingatlah sahabat-sahabatku, kesusahan yang kita alami ini hanya cebisan penderitaan para Nabi, para sahabat dan para syuhada'.


Bagi diri yang hina ini, susah benar pada malam itu untuk membuka kembali lembaran kisah dan berkongsi dengan sahabat. Entah kenapa, sedikit dan pendek sekali kisah kututurkan. Tiada apa yang menarik pada diri yang kerdil ini untuk dikongsikan. Secebis cuma. Pengalaman yang tidak dilupakan pada diri ini, memegang tiga amanah pada semester 5. Penat dan letih usah dibicarakan, perkara biasa bagi kami yang mencintai agama Allah. Tiada mustahil dalam hidup ini, kami redah saja. Teringat kata-kata sahabat yang kecil orangnya tapi besar semangat dan cita-cita. Amanah ini dari Ilahi, diberi-Nya kepada kita untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan terbaik. Kita bersyukur dipilih-Nya untuk mendapat pahala jihad dan darjat di sisi-Nya. Usrah bersama ketua muslimat Serdang mengingatkanku bahawa amanah ini haram ditolak seandainya kita benar-benar mampu dan berupaya dari segenap aspek. Dan teringat lagi kata-kata sahabat, Syukri Fahmi malanglah dan takutlah pemimpin kerana amanah ini berat dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.


Lautan kesyukuran pada Ilahi atas nikmat Iman, Islam dan berjemaah yang kami kecapi kini. Gembira juga dikurnia sahabat-sahabat di jalan Allah. Saling membantu, menyokong dan menguat di saat suka duka dan susah senang bersama.


Pengalaman berharga yang kami kutip di kampus ini, sedaya-upaya kami berjanji akan dimanfaatkan untuk kerja Islam di luar sana yang lebih mencabar dan samar-samar bagi kami yang belum melibatkan diri sepenuhnya dengan Islam di luar kampus. Ya Allah, tsabatkan kami di jalan perjuangan menegakkan agama yang mulia ini.

LAGU TEMA PAS

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran


Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan

Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai ansorullah
Dengan matlamat daulah Islamiyah

Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya

Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah Parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah

Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah.

Makkah al-mukarramah

Maha Suci Allah yang memberi nikmat dan rezeki yang melimpah ruah dan tidak putus-putus kepada manusia yang sering kali melupakan-Nya dan lalai serta leka untuk mengingati pencipta setiap hidupan di bumi ini.

Ya Allah, kami malu kepada-Mu. Anugerah dan pemberian-Mu tidak pernah henti kepada kami malah semakin bertambah dan terus bertambah. Betapa Pengasih dan Penyayang-Nya Engkau kepada Kami, Ya Rabb. Ampunkanlah dosa-dosa kami, Ya Allah. Kami hamba yang sering lupa dan lalai untuk mengingati-Mu.

Terimalah kami sebagai hamba-Mu, redhalah ke atas kami. Leburkanlah segala dosa yang kami lakukan selama ini. Kami merindui-Mu Ya Allah. Terimalah Ya Allah segala amal ibadat yang kami persembahkan kepada-Mu. Kami tidak tahu adakah ibadat dan segala kerja yang kami lakukan selama ini benar-benar ikhlas kerana-Mu atau tidak. Terimalah Ya Allah ibadat kami selama ini yang mengharapkan keredhaan dari-Mu semata.

Ya Allah, kami sungguh-sungguh nak jadi hamba yang sentiasa merintih, menangis, mengadu dan merayu pada-Mu. Tiada kuasa yang lebih hebat dari-Mu. Hanya Engkau matlamat dan harapan kami.

Ya Allah, jangan Engkau pesongkan hati kami di saat Engkau telah memberi hidayah petunjuk dan rahmat kepada kami. Pilihlah kami untuk menjadi hamba yang benar-benar merindui-Mu dan mencintai-Mu sepenuh jiwa raga kami. Tiada sesuatu pun yang dapat memalingkan kami dari terus mencintai-Mu. Hanya Engkau dambaan dan harapan kami.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu-MU. Kami rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Kota Makkah. Kami rindu untuk menatap Baitullah. Kami benar-benar rindu Ya Allah. Terimalah kami, Ya Allah. Kami bersyukur Engkau memilih kami di kalangan berjuta manusia untuk bertemu-Mu, Ya Allah. Engkau Maha Memakbulkan doa hmba-MU. Ya Allah, terimalah diri yang serba hina ini untuk menjadi tetamu-MU. Sudah lama aku meminta pada-Mu untuk mengerjakan ibadat di Makkah dan Madinah. Tidak sabar diri ini untuk berada dekat di tanah suci Makkah. Menziarahi kubur Nabi, menatap Kaabah benar-benar di hadapan mata dan mengerjakan ibadat di Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Tidak sabar Ya Allah untuk memenuhi panggilan-Mu. Bulan Mei yang tinggal sebulan lagi terasa bagai setahun menunggu.

Ya Allah terima kami sekeluarga sebagai tetamu-Mu, Ya Allah. Terima abah, ma, kak cik, aiman adikku dan diri ini sebagai tetamu-Mu. Takut, rindu, tidak sabar, gelisah di kala ini menanti tarikh 29hb Mei untuk berangkat ke Tanah Suci yang diidamkan selama ini. Ya Allah, besarnya kurniaan-Mu kepada diri kami yang lemah ini. Bercucuran air mataku ini Ya Allah merindui-Mu setiap detik ketika dan perasaan tidak sabar menghitung hari yang seolah terasa lambat bergerak . Ya Allah, mudahkan urusan kami untuk menunaikan ibadat kepada-Mu. Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.

Saturday, March 28, 2009

"Ya Allah, selamatkan sahabatku."




"Ya Allah, selamatkan sahabat kami. Kami sayangkannya, susah senang, suka duka kami bersama dalam perjuangan Agama-Mu. Hidup dan mati kami untuk ISLAM. Ampunkan dosa-dosa kami. Kuat dan tabahkan hati kami dalam menghadapi ujian ini..Amin."

Selama dua minggu aku demam, hazirah yang datang melawatku. Dan kini, aku sembuh dari demam, dia pula ditimpa musibah. Seolah-olah baru semalam dia datang melawatku. Lindungi sahabat kami, Ya Allah.

Monday, March 23, 2009

ppsmi



Presiden PMIUPM, Safwan dan Sahabat-sahabat muslimin gagah melangkah ke depan




Gerakan Muslimat Muda.Ayuh Mujahidah. Mara membela ummah.





GAMIS Sentiasa Bersama Masyarakat.

Terus Berjuang




Saya tertarik dengan kisah yang dipetik dari buku Jeniri Amir, Belajar Menjadi Wartawan. Suatu hari Confucius ditanya oleh seseorang, “Apakah yang pertama anda lakukan ketika anda harus mengurus negara?” “Tentulah meluruskan bahasa,” jawab Confucius.



Orang itu tercengang, kehairanan, lalu melontarkan soalan susulan, “Mengapa?”
“Jika bahasa tidak lurus,” jawab Confucius, “apa yang dikatakan bukanlah apa yang dimaksudkan, apa yang seharusnya dilakukan tetaplah tidak dilakukan. Jika tidak dilakukan moral dan seni akan merosot; dan jika moral dan seni merosot, keadilan pun tidak akan jelas arahnya. Jika keadilan tidak jelas arahnya, rakyat akan bingung. Justeru, kita tidak boleh bercakap atau menulis sesuka hati. Inilah yang penting.”
Oleh itu, ayuh sahabat kita perjuangkan PPSMI. Kasihanilah anak bangsa kita yang terpaksa belajar berhempas pulas memahami bahasa bukan bahasa ibunda. Terpaksa faham Bahasa Inggeris satu hal, ambil masa memahami Sains dan Matematik lagi.

Monday, February 23, 2009

ULAMAK




DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU ISLAM DIJUNJUNG TINGGI

Wednesday, February 18, 2009

Hikmat Di Sebalik Ujian

Sudah lama mata ini tidak mengalirkan air mata. Entah kenapa susah sangat semenjak dua menjak ini untuk aku mengalirkan air mata mengenangkan dosa lalu. Mungkin hati ini lalai dan keras dari mengingati mati dan kehidupan akhirat. Sering dalam doaku memohon,
“ Ya Allah, kurniakan kami dua mata yang menangis kerana takutkan-Mu Ya Allah, Amin Ya Rabbal ‘Alamin”.

Semalam, syukur pada-Nya akhirnya air mataku tumpah jua. Kesakitan yang kutanggung menyebabkan air mata ini menitis jua tanpa dapat dikawal. Musibah menimpaku pada petang tersebut. Semua di luar kawalan dan berlaku sekelip mata saja. Diri yang hina ini terjatuh dari tangga bas kerana terpijak kain. Aku seolah-olah melayang jatuh ke bawah, mujur Allah masih memelihara diri dan kehormatanku. Aku jatuh terduduk di tangga kedua bas. Sakitnya hanya Allah Yang Lebih Mengetahui. Ditambah malu kerana pelajar-pelajar lelaki fakultiku yang berada di depan pintu bas. “Ya Allah, pelihara diriku” . Ku bangun menapak perlahan-lahan menahan kesakitan ini menuju ke Food Court dan selesai membeli makanan terus menuju ke surau KTP bagi memenuhi janji dengan adik-adik untuk mengadakan usrah. Janji perlu dipenuhi.

Ujian yang aku hadapi hanya secebis dari ujian-ujian yang menimpa Nabi dan para sahabat. Tak boleh ditandingi keperitan dan kesusahan yang mereka hadapi untuk menyebarkan agama Allah. Sahabat-sahabat seperjuanganku lebih teruk menerima ujian. Kemalangan terbabas motosikal, patah gigi, luka berdarah di kaki dan tangan dan berjahit. Inilah sunnah orang berjuang. Sesungguhnya Allah menguji hanba-Nya yang kuat dan tabah. Seandainya hamba-Nya tidak mampu, DIA tidak akan menguji-Nya. Segalanya ada hikmat dan terletak pada pengetahuan-Nya. Sakit dan sengal-sengal mula mencucuk-cucuk di seluruh belakang badan terutama di pinggang di saat ini akibat komplikasi semalam. Ku teruskan jua menaip untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat.

Insya Allah malam esok aku akan balik ke kampung untuk mengurut. Doakanku sahabat agar tiada tulang yang patah. Hempasan sangat kuat di tangga bas menyebabkan rasa fobia untuk melangkah turun tangga bas. Semoga selepas ini aku lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.

Friday, February 13, 2009

Sahabat-sahabatku



4 petang,Jumaat,6 Febuari 2009, Kuala Kangsar, Perak.

Amal kerana Allah.

Apa yang terlintas di pemikiran dan tercetus di lubuk hatiku, terus kucoret. Semoga yang tercatit ini dapatku terjemahkan melalui perbuatan dan amalanku seharian. Semester akhir pengajianku ini tidak menghalangku untuk mencantas sedikit pergerakan dalam gerak kerja Islam, berjuang mesti terus walau dalam apa jua situasi. Ma dan kakak tidak putus-putus memberi nasihat kepadaku supaya mengurangkan keaktifanku dalam persatuan. Mereka sudah maklum benar keterlibatanku secara aktif dan proaktif di kampus, malah di sekolah lagi. Lafaz kalimah Insya Allah kututurkan kepada mereka untuk menyedapkan hati mereka. Kini, kucuba sedaya mungkin untuk mengatur dan membahagikan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin, walaupun sering kelelahan dalam perjalanan hidup yang masih panjang. Semoga kelelahan yang cuma sedikit ini menjadi bukti di hadapan-Nya nanti. Insya ALLAH.

Semester ini usrahku dan adik-adik kolej Tun Perak dan Kelima berjalan lancar. Semoga Allah terus mengurniakan kesihatan yang baik kepada kami untuk melaksanakan amanah yang besar ini. Syukur pada-Nya memberi peluang dan ruang kepadaku untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang secebis ini. Setiap kali berjumpa mereka, rasa sayang dan kasih memuncak. Allah mempertemukan kami di jalan dakwah, gembira hati ini tidak terkira. Semoga amal yang sedikit ini, Allah terima sebagai bukti kecintaanku kepada-Nya dan Agama-Nya.

Keluargku =)

Monday, January 26, 2009

Kesenangan Akhirat

Seringkali terlintas di hati ini dan tercetus di pemikiranku. Kenapa Allah, Tuhan semesta alam memilih aku yang serba hina, lemah dan banyak dosa ini untuk memikul amanah yang berat ini? Kenapa kami yang serba tidak tahu dan sering melakukan kesilapan ini Allah pilih untuk memjaga agama-Nya dan menegakkan kalimah-Nya?
Sahabat-sahabat pernah tak terfikir ?

Kenapa Allah memilih kita untuk menjaga agama-Nya? Jawapannya ada pada sahabat-sahabat sekalian. Di kala sahabat-sahabat kita yang lain riang gembira menghabiskan masa muda tanpa susah payah memikirkan masa hadapan agama. Sebaliknya, berbeza dengan kehidupan kita yang sibuk menimba ilmu agama melalui kuliah dan ceramah agama, ditambah dengan usrah mingguan. Kita sibuk tidak mengira waktu siang atau malam menghadiri mesyuarat, memerah keringat, idea dan mengorbankan masa untuk memastikan agama Allah benar-benar tertegak di bumi ini.

Sahabat-sahabatku sayang,
Usah berasa lemah dan sedih seandainya kita dihina dan dipandang asing oleh masyarakat. Hakikatnya, kita sentiasa dalam jagaan dan pangawasan Allah Taala. Allah sentiasa berada dekat dengan kita. Kita dimuliakan Allah dengan kemuliaan agama-Nya. Cintailah kesenangan kehidupan di akhirat berbanding kehidupan dunia yang hanya sementara ini.
Bacalah buku “Jagalah Allah, Allah Menjagamu” karya Dr.Aidh Al-Qarni.

Ikhlas,
Al-Fakir ilallah.
Kemuliaan agama.