Wednesday, February 18, 2009

Hikmat Di Sebalik Ujian

Sudah lama mata ini tidak mengalirkan air mata. Entah kenapa susah sangat semenjak dua menjak ini untuk aku mengalirkan air mata mengenangkan dosa lalu. Mungkin hati ini lalai dan keras dari mengingati mati dan kehidupan akhirat. Sering dalam doaku memohon,
“ Ya Allah, kurniakan kami dua mata yang menangis kerana takutkan-Mu Ya Allah, Amin Ya Rabbal ‘Alamin”.

Semalam, syukur pada-Nya akhirnya air mataku tumpah jua. Kesakitan yang kutanggung menyebabkan air mata ini menitis jua tanpa dapat dikawal. Musibah menimpaku pada petang tersebut. Semua di luar kawalan dan berlaku sekelip mata saja. Diri yang hina ini terjatuh dari tangga bas kerana terpijak kain. Aku seolah-olah melayang jatuh ke bawah, mujur Allah masih memelihara diri dan kehormatanku. Aku jatuh terduduk di tangga kedua bas. Sakitnya hanya Allah Yang Lebih Mengetahui. Ditambah malu kerana pelajar-pelajar lelaki fakultiku yang berada di depan pintu bas. “Ya Allah, pelihara diriku” . Ku bangun menapak perlahan-lahan menahan kesakitan ini menuju ke Food Court dan selesai membeli makanan terus menuju ke surau KTP bagi memenuhi janji dengan adik-adik untuk mengadakan usrah. Janji perlu dipenuhi.

Ujian yang aku hadapi hanya secebis dari ujian-ujian yang menimpa Nabi dan para sahabat. Tak boleh ditandingi keperitan dan kesusahan yang mereka hadapi untuk menyebarkan agama Allah. Sahabat-sahabat seperjuanganku lebih teruk menerima ujian. Kemalangan terbabas motosikal, patah gigi, luka berdarah di kaki dan tangan dan berjahit. Inilah sunnah orang berjuang. Sesungguhnya Allah menguji hanba-Nya yang kuat dan tabah. Seandainya hamba-Nya tidak mampu, DIA tidak akan menguji-Nya. Segalanya ada hikmat dan terletak pada pengetahuan-Nya. Sakit dan sengal-sengal mula mencucuk-cucuk di seluruh belakang badan terutama di pinggang di saat ini akibat komplikasi semalam. Ku teruskan jua menaip untuk berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat.

Insya Allah malam esok aku akan balik ke kampung untuk mengurut. Doakanku sahabat agar tiada tulang yang patah. Hempasan sangat kuat di tangga bas menyebabkan rasa fobia untuk melangkah turun tangga bas. Semoga selepas ini aku lebih berhati-hati dalam setiap tindakan.

2 comments:

iQLiMa_nadiah said...

salam..

hmm.. moga Allah tabahkan hati mu, sahabat. InsyaAllah Allah akan berikan ganajaran atas setiap yang kita usahakan keranaNya..

lu'lu'an manthura said...

Salam al ukht Izzah,

Mg Izzah brada dlm keadaan sihat & sntiasa dlm rhmt ALLAH.Hmm. dah lama tak jumpa awk shbt!Berkaitan dgn artikel ni, ada sdikit prkongsian yg kt ingin berikn pd awk.Ujian hidup itu adlh guru yg tidak bercakp, ttpi ujian hidup itu sgt mengajar & mndidik kt. Hakikatnya, itulah komunikasi tanpa suara antara ALLAH dgn hambaNya...

Shbtku Izzah,
Kt tahu setiap path prkataan yg kt cuba smpaikn, setiap kali itu kt akn diuji olehNya..Kadg2tu takut sgt nak cakp..

Kadg2tu ujian itu akn membuatkn diri kita realize sgala dosa yg kita lakukan. Memg sakit, memg malu & mcm2 lg tp itulh yg sbnrnya mendidik jiwa.Oh ye, cuba awk cari buku Tazkiyatun Nafs author;Ibnu Rajab Al-Hambali, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Imam Al-Ghazali.Skrgni kt sgt mncari buku2 yg brkaitn dgn penyucian jiwa sbb bg kt utk kt sbg da'ie ni sgt prlu selain drp buku hararki.Kadg2tu kt trlalu brsemangt brgerak krja tp x ada pngisisan d jiwa, tiada taujih ruhiyyah. Jd kt prlukn maknan rohani spt itu.

Izzah, skrgni application master dah buka. InsyaALLAH kt sama2 sambung belajr lg.Tiba2 teringtkn awk.Hi3.InsyaALLAH skrgni kt cuba cari scholarshp utk biayai pngajian kt nanti.Teringin sgt nak smbung kat luar. Tp wlpapn kt d cni doakan mg awk & shbt2 lain brjaya dgn cemerlang d dunia & d Akhirt..

Shbtku Izzah,
Rindu sgt dkt shbt2. Rindu utk brgelak ketawa brsama, brkongsi air mata brsama & saling memesan. Ketahuilh shbt, realiti berada d luar kt prlu survive & cari pengisian & cari shbt2 sejemaah.Alhamdulillah memandgkn kt byk trlibat ank negeri, jd kite secara tidk langsung trlibat dgn Nisa', Dewan Muslimt Selgr dll...Kadg2 tu memg rase brsalah dgn keluarga sb every weekend msti x ada kat rumh. Alhamdulillah mak n ayh fahm but kt still consider utk cari masa brsama dgn mreka. U knw kan, I'm the eldest in my siblings.

Izzahku syg,
Teringt sgt mase dalm Tn3. Hi3 seronok. Gila2, brsemangat. Kadg2 tu nak ulang balik marhalah tu...Izzah, shukran shbt ats ukhwah yg diberikan selamani. Trma kash jg pd sifu sbb ajar kt bawa kereta.(Tibe2 tringt kene marah dgn org sbb bawa kereta mcm sengal)..

Mg Allah temukn kita smula..InsyaALLAH c u in master. Terbangkanlh doamu shbt agar diri ini tabah, istiqamah dlm prjuangan.Sampaikn salm pd shbt2 lain..

Uhibbukumfillah..

~mutiara-mutiara bertaburan~

shbtmu yg mengingati,
lu'lu'anmanthura