Tuesday, December 28, 2010

WARKAH BUAT SAUDARIKU YANG KUSAYANGI KERANA ALLAH

Setiap orang diciptakan dengan pasangan jodoh masing-masing. Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nur:26,

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”

Sahabatku yang dicintai Allah Taala,

Seandainya dirimu belum bertemu pasangan walaupun dah berusia lanjut, usah sedih dan berdukacita. Sesungguhnya berbangga dan berbahagialah wahai sahabatku kerana Allah sedang menguji ketaqwaan dan keimananmu. La tahzan, innallah hama’ana.

Ungkapan indah apa lagi yang boleh kususun untuk memujuk hati saudari-saudariku dan menghapuskan kesedihanmu melainkan berbahagialah dengan janji-janji Allah swt. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Usah berasa sedih seandainya orang sekelilingmu bertanya “Bila nak kahwin?” walaupun usiamu dah hampir mencecah 30-an kerana dirimu telah berusaha sedaya upaya menjadi muslimah yang terbaik menjaga syariat agama dan mencari jodoh yang baik mengikut panduan dan syariat agama.

Jangan bersedih sahabatku,

Walaupun dirimu sedaya upaya menceriakan sahabat-sahabat pada hari perkahwinan mereka. Dan usah cemburu melihat seorang demi seorang sahabatmu menimang cahaya mata yang comel. Sesungguhnya Allah Mengetahui kehendak dirimu untuk berkeluarga, memiliki suami yang penyayang dan anak-anak penyejuk hati. Mungkin jodohmu lewat 30-an, siapa tahu aturan Allah Yang Maha Kuasa.

Ingin kuberpesan kepada saudari-saudariku, jangan sesekali berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Allah Pencipta kita, Dia Maha Mengetahui dan Mendengar doa serta pengaduan hamba-hamba-Nya. Bangunlah di sepertiga malam bermunajat kepada-Nya dan seandainya berkemampuan, pergilah menziarahi rumahnya di Makkah berdoa dianugerahkan pasangan yang baik dan anak-anak soleh dan solehah yang akan mendoakan kita di akhirat sana.

Yakinlah pada Allah, seandainya tiada jodohmu di dunia, maka jodohnya menanti di syurga Allah. Ameen Ya ALLAH.

Thursday, December 23, 2010

Perkahwinan saya yang bukan biasa-biasa

Mungkin bagi sebilangan besar muslimah memilih untuk berkahwin atas dasar 'memang sudah sampai seru' atau 'memang sudah mahu berkahwin'. Ya lah, mungkin dipengaruhi juga oleh faktor cinta kepada pasangan, calon pilihan keluarga atau apa saja.


Berbeza dengan muslimah dalam kalangan abnaul-harakah, mereka bukan berkahwin disebabkan cinta kepada pasangan atau hanya faktor keluarga. Tetapi apa yang lebih utama adalah bagaimana perkahwinan menjadi medan 'perniagaan' buat perjuangan Islam sebagaimana mereka juga 'berniaga' ketika sebelum perkahwinan.


Bagi mereka, apalah ertinya sebuah perkahwinan tanpa didasari cinta kepada perjuangan Islam. Kehidupan selepas berkahwin bukan kehidupan sehari dua, tetapi selamanya. Bahkan hingga ke syurga. Justeru, inilah matlamat jelas yang dipasak dan ditanam dalam diri setiap muslimah abnaul-harakah bahawa perkahwinan juga merupakan suatu bentuk 'wasilah' yang menyumbang kepada 'perniagaan' akhirat.


Apa yang diimpikan oleh mereka ialah dikurniakan oleh Allah seorang individu Muslim yang iltizam terhadap agamanya. Iltizam kepada agama bukan sahaja daripada sudut amalan fardhu yang digariskan agama, tetapi juga persoalan praktikal kepada kalimah syahadah.


Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim sanggup mempertaruhkan diri menjadi benteng agama ini. Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim boleh mendidik dan membimbing individu lain demi keuntungan perniagaan akhirat. Iltizam kepada agama bermaksud bagaimana seorang individu Muslim mampu membentuk sebuah generasi yang dapat mencontontohi keperibadian 'Jilul Quran' terdahulu.


Bagi mereka, pembinaan generasi adalah perkara utama dalam perkahwinan. Justeru, calon yang bagaimana dapat mengisi kekosongan sebagai 'pendidik' kepada generasi tersebut adalah perkara yang tidak mudah. Tidak hairanlah jika ada dalam kalangan akhawat yang masih tidak berkahwin walaupun sehingga mencecah umur 40-an. Ya, kerana cinta kepada perjuangan mereka harus memilih dan cerewet dalam pemilihan.


Hebat bagaimanapun sosok tubuh seorang muslimah gerakan, mereka tetap seorang wanita. Justeru, 1 saja pesanan saya kepada ikhwah. Permudahkanlah pemilihan mereka yang sanggup menggadaikan jasad, nyawa, emosi dan perasaan demi perjuangan Islam.



dipetik dari,
Layyinulharir
Bukan Rumah Sumayyah

Monday, December 20, 2010

RENUNG-RENUNGKAN

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)....... Kalong

..... T E T A P I...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU......

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.


p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..





._,___

Friday, October 29, 2010

Masyarakat Islam

Menurut Yusof al-Qardhawi : “Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlak orang yang beriman lenyap di dalamnya sementara akhlak orang jahat bermaharajalela di dalamnya. Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlak kekuatan mati sementara akhlak yang lemah (pengecut) terus hidup berkembang di dalamanya. Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana tersebar di dalamnya akhlak kekerasan terhadap pihak yang lemah serta akhlak tunduk pihak yang lemah kepada yang kuat.Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana ketaqwaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah serta takutkan perhitunganNya disembunyikan, lalu kita melihat manusia bertindak seolah-olah mereka adalah tuhan kepada diri mereka, dan bebas seolah-olah tidak terdapat perhitungan yang menanti mereka, mereka berpaling dengan kelalaian dan lupa dengan penuh kesengsaraan. Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana ia dikuasai oleh sikap pasrah tanpa usaha, lemah dan negatif dalam menghadapi permasalahan serta menyalahkan orang yang masih mampu. Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana dihinakan orang-orang yang soleh di dalamnya, dimuliakan orang-orang fasik, mendahulukan orang-orang jahat dan membelakangkan orang-orang yang bertaqwa. Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana orang yang benar dizalimi, orang yang salah dikasihi. Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana rosak tanggungjawab di dalamnya, hati nurani boleh dibeli dan segala urusan dibeli dengan rasuah. Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana tidak menghormati orang tua, tidak dikasihi yang muda dan tidak dikenangi orang yang berjasa di dalamanya. Bukannya masyarakat Islam yang mana akhlaknya menjadi binasa, lantas lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Bukannya masyarakat Islam yang mana tersebar di dalamnya perbuataan keji, lantas orang lelaki hilang kecemburuannya dan orang perempuan hilang sifat malunya. Bukannya masyarakat Islam yang mana hampir tidak terdapat manusia yang bercakap atau bekerja atau bertindak melainkan semata-mata kerana menunjuk-nunjuk serta hipokrit, mencari glamor serta kedudukan. Bukannya masyarakat Islam yang mana akhlak orang-orang munafik berleluasa. Setiap yang berbicara berdusta, yanga berjanji melanggar janji, yang diamanahkan dia berkhianat, dan yang bertelingkah tamakkan kemenangan.”

Tuesday, October 26, 2010

Bolehkah wanita menjadi pemimpin

Bahagian pertama berkaitan dengan soalan yang ditanya "Benarkah masyarakat tidak akan maju jika dipimpin wanita?" dan bahagian kedua "Bolehkah wanita menjadi pemimpin?" sebagai satu pandangan lain tentang isu ini. Brother muggle 060100 telah memberi pautan bertajuk '7 Alasan Kenapa Wanita Haram Menjadi Pemimpin'. Saya rasa elok jika saya mempelbagaikan sudut pandangan daripada ulama' (Semoga Allah merahmati mereka) tentang perkara ini.



Bahagian 1:
Sepanjang pembacaan saya, dalil yang jelas mengatakan masyarakat tidak akan maju jika dipimpin wanita hanya satu saya jumpai (sepanjang pembacaan saya). Diriwayatkan oleh Abu Bakrah:


"Tatkala ada berita sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, beliau shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda, " Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita"." (HR Bukhari No 4425)


Penjelasan hadith ini boleh dibaca di bahagian 2.


Bahagian 2:
Hal berkaitan bolehkah wanita menjadi pemerintah, pautan tersebut memberi tujuh alasan kenapa wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Adalah agak mengejutkan dalil-dalil yang diberikan oleh pemilik blog tersebut untuk mengharamkan wanita menjadi pemerintah. Secara peribadi, dalam hal berkaitan wanita, saya lebih gemar mengambil pendapat Dr.Yusuf Qardhawi (yang bersederhana dan lembut) dan tidak mengambil pendapat ulama' Saudi (Semoga Allah merahmati mereka). Pendapat tentang isu wanita daripada ulama' Saudi agak keras sehingga wanita diharamkan memandu kereta dan satu ketika dahulu dilarang diajar menulis kerana takut wanita akan menulis surat cinta (Rujuk Fatwa Masa Kini, Jilid 4). Apabila kita membincangkan perkara ini, perlu kita lihat skop perbincangan dan realiti kehidupan.


Isu bolehkah wanita menjadi pemimpin jatuh di dalam perkara muamalat. Dalam perkara muamalat, ulama' Usul al-Fiqh telah mengeluarkn prinsip 'Semua perkara muamalat adalah harus (boleh dilakukan) kecuali ada dalil yang mengharamkan'. Maka secara prinsipnya jika ada yang mahu mewajibkan atau mengharamkan sesuatu perkara muamalat, pihak tersebut perlu membawa dalil untuk menyokong hujah mereka. Malah wanita, seperti juga lelaki, mempunyai kewajipan yang sama seperti lelaki (Kewajipan wanita adalah sama seperti lelaki melainkan ada pengecualian). Prinsip seterusnya, dalam menwajibkan atau mengharamkan sesuatu perkara, dalil yang diberi mestilah thabit dan jelas (tiada perbezaan penafsiran kerana kejelasan dalil tersebut). Dr. Yusuf Qardhawi menulis:


"Adapun apa yang tidak thabit daripada nas-nas seperti hadith-hadith dhaif ataupun apa yang boleh difahami lebih daripada satu fahaman dan tafsiran, seorangpun tidak boleh mewajibkan umat dengan satu fahaman tanpa fahaman yang lain khususnya dalam masalah kemasyarakatan umum yang melibatkan masalah keseluruhan anggota masyarakat yang perlu kepada keluasan dan kemudahan."


Maka untuk menwajibkan dan mengharamkan sesuatu perkara, dalil tersebut mestilah thabit dan jelas. Dr.Yusuf Qardhawi menyambung:


"Disana juga ada hukum-hukum dan fatwa-fatwa yang kita tidak boleh pisahkannya daripada zaman dan suasananya. Fatwa-fatwa yang seumpamanya ini menerima perubahan dengan berubahnya sebab-sebabnya. Oleh itu para pengkaji fatwa telah menetapkan satu kaedah iaitu berubahnya fatwa apabila berubahnya masa, tempat, keadaan & adat. Fatwa jenis ini banyak bersangkut paut dengan masalah wanita. Terdapat fatwa yang mengongkong dan memberatkan sehingga mengharamkan para wanita daripada pergi ke masjid walaupun ia bertentangan dengan nas-nas yang jelas dan sahih. Mereka lebih mengutamakan 'berhati-hati' dan saddu zaraie' (menutup pintu kerosakan) daripada nas berdasarkan kepada perubahan masa dan zaman yang berlaku...Ada dikalangan orang berpendapat perkara ini haram dan merupakan dosa yang nyata, tetapi pengharaman tidak boleh disabitkan kecuali dengan dalil yang tiada syubhat padanya." (Fatwa Masa Kini, Jilid 4, Bab Pencalonan Wanita Untuk Kerusi Parlimen: Di Antara Boleh Atau Tidak Boleh)


Mari kita lihat dalil yang diberi oleh pemilik blog tersebut bagi mengharamkan wanita menjadi pemimpin. Daripada tujuh dalil yang dibawa, hanya dalil pertama yang menyentuh soal kepimpinan.


"Tatkala ada berita sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa bangsa Persia mengangkat putri Kisro (gelar raja Persia dahulu) menjadi raja, beliau shallallahu 'alaihi wa sallam lantas bersabda, " Suatu kaum itu tidak akan bahagia apabila mereka menyerahkan kepemimpinan mereka kepada wanita"." (HR Bukhari No 4425)


Hadith diatas telah diperselisihkan ulama' maksudnya. Malah tiada larangan secara jelas bahawa wanita haram menjadi pemimpin daripada hadith ini. Kepimpinan yang dimaksudkan Baginda S.A.W disini adalah kepimpinan secara mutlak kepada wanita. Sedangkan realiti hari ini tiada satu negara pun yang kepimpinan itu adalah mutlak kepada satu orang sahaja. Apa yang memelikkan Ibn Hazm (Semoga Allah merahmatinya) yang bermazhab Zahiri (mengambil sesuatu secara zahir) juga mengatakan hadith ini tidak menunjukkan wanita haram menjadi pemimpin. Maka hadith ini bukanlah mutlak mengatakan wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Dipetik daripada Islam Online:


"So both Allah Most High and His Messenger never discriminate between men and women. Allah has given both the ability to perform acts of worship and the capability to undertake responsibilities and we will find in our history that women used to be in charge of the market place during the time of Caliph `Umar Ibn Al-Khattab. Women used to be doctors, scholars, and sometimes judges. Women can be in charge of any position, except the head of the state. So, she could be a minister but she cannot be the head of the state. There is a hadith where the Prophet (peace and blessings be upon him) describes the Persian people as being in error because they put a woman as the head of the state. But this hadith does not indicate that women are less than men; however, it shows us that it is better and more suitable that the head of the state should be a man. This is the opinion of most scholars of Islam. One of them, namely Ibn Hazm, said that women could be the head of the state. Actually in our time women participate in making political decisions by being practicing members of the Parliament. May the future make the women more active in doing good than they are now." (LINK )


Apa yang diwajibkan dan diharamkan oleh Allah S.W.T adalah jelas. Dan ada perkara yang didiamkan-Nya bukanlah kerana Dia terlupa, tetapi sebagai rahmat dan kasih sayang kepada kita. Banyak lagi boleh dinukilkan tentang pemerintahan wanita di dalam Islam. Namun di dalam perkara muamalat, apabila ulama' berbeza pendapat, kita menghormati pendapat-pendapat tersebut. Namun bagi pihak yang mengharamkan wanita menjadi pemerintah secara tersirat (implicitly) mengatakan wanita yang menjadi pemerintah telah melakukan dosa besar kerana melakukan sesuatu yang haram. Maka jika kita berpegang dengan pendapat wanita haram menjadi pemimpin, seharuskan berlapang dada tanpa ada perasaan wanita yang menjadi pemerintah telah melakukan sesuatu yang teruk. Maka apabila kebanyakan ulama' berbeza pendapat di dalam perkara muamalat, hukum asal iaitu semua perkara muamalat adalah harus masih kekal. Perbincangan lanjut samada wanita boleh menjadi pemerintah atau tidak, saya cadangkan pembacaan lanjut sebagai contoh Fatwa Masa Kini, Dr.Yusuf Qardhawi. Wallahuallam.


dipetik dari email sahabat

Monday, October 18, 2010

WARKAH UNTUK MUSLIMATKU

Bismillahirrahmanirrahim..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Maaf untuk kata-kata yang bakal saya nukilkan seandainya kata-kata ini menyentuh hati dan mengguris perasaan.

Kata-kata ini adalah untuk kebaikan, nasihat dan peringatan sesama muslim.



“Sesungguhnya wanita adalah fitnah kepada lelaki dan kerana wanitalah lelaki jadi tidak tentu arah dan tidak dapat mengawal diri.”



Ketahuilah sahabat-sahabat,



“Wanita dikurniakan 1 akal dan 9 nafsu manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Wanita apabila mencapai umur tua, nafsunya akan semakin menurun. Namun, nafsu lelaki tidak menurun walaupun dah berumur.”



Ketahuilah juga saudariku,



“Penghuni neraka yang paling ramai terdiri daripada kauam wanita.”



“Seluruh tubuh badan wanita adalah aurat kecuali tapak tangan dan muka.”



Oleh itu, jagalah peribadi, aurat, akhlak dan tingkah laku kerana dirimu begitu berharga dan sangat mulia dan tinggi dalam Islam.

Pensyarah saya yang mengajar subjek Falsafah pernah melontarkan kata-kata kepada kami iaitu, “Pada zaman sekarang, manusia berlumba-lumba menonjolkan kemegahan diri, kecantikan, kekayaan dan berbangga dengan keturunan yang dimiliki. Facebook merupakan salah satu jalan untuk menonjolkan semua itu. Wanita berlumba-lumba meletakkan gambar mereka dengan pelbagai gaya di facebook. Tiada lagi rahsia. Saya tidak suka dikenali kerana rupa, harta, pangkat dan keturunan kerana yang membezakan kita di sisi Allah adalah ketaqwaan kepada Allah. Biarlah orang mengenali saya kerana ilmu yang saya miliki. ILMU YANG SAYA MILIKI...”



Fikirkan sahabat-sahabatku yang dikasihi.



“Orang yang paling baik adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya.”



Jadi, apa manfaat dan faedah meletakkan gambar kalian di facebook yang haram ditonton oleh kaum Adam?



Malulah wahai saudariku..



Ayuh sahabat muslimat yang kusayangi kerana Allah semata,



Fikirkan dan timbangkan apa tujuan sebenar kalian meletak gambar dengan mudahnya di facebook. Alam maya ini bukan hanya untuk wanita namun untuk lelaki juga. Tidak malukah kalian apabila kaum Adam yang bukan mahram kalian menonton susuk tubuh kalian sesuka hati dengan mudahnya dan pada bila-bila masa yang mereka ingin lihat? Malulah wahai sahabat-sahabat muslimat yang memiliki harga dan maruah diri yang tinggi.



Islam telah mengajar bahawa kaum wanita hanya layak untuk ditonton oleh suami, ayah, keluarga dan anak-anak serta kaum wanita sahaja. Nah! Lihat..di mana harga diri kalian sekarang ini? Adilkah sikap kalian ini kepada bakal suami dan anak-anak kalian? Dengan mudah, klik di tetikus sahaja, kaum Adam yang tidak dikenali di serata pelosok dunia dapat melihat susuk tubuh kalian yang pelbagai gaya dengan sewenang-wenangnya.



Ketahuilah,

Islam meletakkan wanita di tempat tertinggi, nabi berusaha mengangkat maruah dan kehormatan wanita setelah kedatangan Islam. Pada zaman jahiliyah dahulu, wanita dijadikan alat untuk memuaskan nafsu seks, penari dan apa sahaja dapat dilakukan. Dan kini, wanita sendiri yang menonjolkan diri di alam maya untuk memuaskan mata-mata lelaki yang bukan mahram.





Katakan sahabat-sahabat,



“Inni akhofullah.” (Sesungguhnya aku takutkan Allah)



“Perempuan yang baik tidak memandang dan memandang.”



Seandainya nabi masih hidup, sudah pasti nabi menangis melihat wanita pada zaman ini..

Fikirkan dengan baik2 dan bertindaklah dengan penuh bijaksana dan hikmah. Sama ada untuk memadamkan gambar kalian atau tidak, itu hak kalian. Saya hanya menyampaikan dan berkongsi sekadar yang saya tahu.



“Sebenarnya haram meletakkan gambar wanita di facebook kerana letak gambar dan tak letak gambar kena timbang dari segi manfaat dan mudaratnya.” –nasihat seorang sahabat.



“Walaupun tutup aurat tapi kecantikan tetap terserlah dan boleh membawa fitnah kepada pihak yang lain. Lebih baik tak perlu letak gambar-gambar peribadi, gantikan dengan bunga, pemandangan dan lain-lain.”-Ustazah Pabiyah Haji Maming, pensyarah FBMK,UPM.





Jadilah wanita yang solehah dan bidadari penghuni syurga.



“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)



“Wahai mujahidah Islam! Entah berapa lagi usiamu yang masih tinggal. Tahukah dikau pekerjaan besar ini tidak akan selesai di tangan engkau? Jalan masih panjang, rantau masih jauh! Dengan al-Quran di tangan kanan dan kain kafan di tangan kiri, teruskanlah perjalanan ini. Kamu adalah kaum Muslimah, nama pilihan dan panggilan kehormatan yang diberikan Tuhan dari dahulu hingga kini, denyutkan kembali jantung umat ini! Hanya dengan aqidah yang kuat dan qaidah yang jelas, kamu dapat menempuh kehidupan ini. Tidak lama lagi dikau akan kembali pulang, memberi laporan kepada Tuhan.”- As-Syahid Imam Hassan al-Banna.





“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur:31)





Saya layangkan warkah ini bukan sekadar untuk melepaskan tanggungjawab amar ma’ruf dan nahi mungkar semata. Jauh sekali omongan kosong yang berniat melukakan hati kalian semuanya. Warkah ini dilayangkan dengan penuh rasa cinta, dengan harapan yang tinggi untuk bersama melangkah untuk mencapai redha dan cinta Ilahi. Dan akhirnya, semoga kita semua kekal sebagai hamba-hamba yang dicintai di Syurga-Nya!



Dakwah with Love.

Al-fakir ilallah.

Monday, October 11, 2010

Perjuangannya tidak main-main

"Orang yang berjihad kerana ALLAH..
Jiwanya takkan layu..
Jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...
Kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH..

Seorang pemburu syahid...
Dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...
Takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...
Sedangkan buruannya adalah hari akhirat..

Biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..
Biarpun dia terasa seolah2 terlau penat...
Biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..
Biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..

NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..
Walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..
Sujudnya dengan penuh air mata..

Dia seorang perwira...
Pemburu cinta sang Pencipta...
Dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

Kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...
Kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...
Kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...
Dia memilih jalan perjuangan...

Ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....
Dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW..
Biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..
Tiada normalnya...
Tiada rehatnya...
Namun apabila bekerja untuk ISLAM...
Seolah2 dia cuti sepanjang masa...
Seolah2 dia rehat setiap ketika...
Kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...

Ku kagum pada dirinya...
Menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...
Tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...
Tetap positif membina kekuatan..
Walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN..."



YA ALLAH...

KUATKAN SAHABAT HAMBA...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA2NYA...

DIA TERLALU BERLAPANG DADA ..

DIA TERLALU MELEBIHKAN MASYARAKAT DAN ISLAM BERBANDING KEPERLUAN DIRINYA

DIA ADALAH SEMUA PEJUANG ISLAM DI MANA SAHAJA....

dipetik dari http://redupkanhati.blogspot.com

Saturday, October 9, 2010

buat calon zaujku

oleh Inteam
TAZKIRAH



Anonymous menulis "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang sholehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian
dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

~tulang rusuk kirimu~
pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

"

Monday, September 27, 2010

MENCARI HIKMAH DI MUKA BUMI ALLAH

Setiap kejadian yang berlaku di muka bumi dalam kekuasaan dan pentadbiran Allah Taala. Manusia hanya makhluk yang lemah, hina, daif, fakir dan serba kekurangan di sisi Allah. Syawal kali ini disambut penuh kesyukuran dan keinsafan kerana masih dipanjangkan umur untuk beribadat dan menyembah-Nya. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah Taala.

Catatan ringkas kepada pembaca blog SERAMBI MEKAH ingin kukongsikan. Kisah saudara kami yang hidup dalam serba kesusahan. Si ayah bekerja sebagai buruh bangunan manakala si ibu suri rumah sepenuh masa. Memiliki 12 orang anak iaitu sedozen."Allah bagi rezeki anak-anak ramai walaupun rezeki duit kurang tapi syukur alhamdulillah." Mak Cik menjawab persoalanku apabila ditanya berapa orang anaknya. Hidup penuh kesabaran dan ketabahan membesarkan 12 orang anak. Hasil kesabaran si ayah dan si ibu berjaya melahirkan anak-anak yang cemerlang dan memiliki akhlak yang mulia. Seorang demi seorang anak-anak berjaya dengan cemerlang dan kini rezeki yang dikurniakan Allah Taala kepada mereka semakin mencurah-curah. Ketenangan dan kepuasan terpancar pada wajah mereka kerana berjaya membesarkan 12 orang anak. Bukan sesuatu yang mudah untuk membesarkan 12 orang anak namun berkat kesabaran, doa, tawakal dan keyakinan pada Allah, insya Allah semuanya berjaya.

Terlintas persoalan yang ingin kukongsikan kepada sahabat-sahabat. Pada pandangan setengah orang bekerja sebagai suri rumah tidak mempunyai kedudukan tinggi di sisi masyarakat. Malah, mereka dicemuh kerana tidak bekerja dan dikatakan pula pemalas. Sedangkan di sisi Islam sebenarnya betapa mulia dan tinggi Islam meletakkan tanggungjawab kepada para wanita untuk mengandung, melahir, menyusu, membesar dan mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Para lelaki sepatutnya yang dipertanggungjawabkan keluar rumah mencari rezeki untuk keluarga. Namun, sedih sekali masyarakat kini melihat tugas mengurus rumahtangga patut diberi kepada orang gaji. Dan jika wanita hanya bekerja sebagai suri rumah, pasti dipandang hina, serong dan rendah. Masyarakat kini meletakkan nilai material (kewangan) melebihi nilai kasih sayang, didikan dan perhatian kepada anak-anak. Sebab itu, jika dilihat pada zaman kini banyak berlaku kes keruntuhan akhlak, jenayah, rogol, bunuh yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Bukan berkurangan jenayah di bumi ini malah makin bertambah dan tiada penyelesaian.

Jadi di mana silapnya? Ayuh! kita mencari punca permasalahan. Kesibukan ibu bapa mengejar harta dunia menyebabkan anak-anak terabai dan kekurangan kasih sayang. Jadi, lahirlah anak-anak yang ketandusan nilai kasih sayang dan pendidikan agama yang seharusnya bermula dari rumah iaitu rumahku, syurgaku (baiti jannati).

Semasa menghadiri perkahwinan seorang sahabat muslimin beberapa bulan yang lalu, kami sempat berbincang mengenai dunia harakah Islam dan sekitar isu semasa yang berlaku kini. Sahabat muslimin ini bekerja sebagai guru di sebuah matrikulasi Sarawak dan isterinya baru menamatkan pengajian di kampus UPM. Sedikit sebanyak kami kagum kerana muslimin ini bercita-cita untuk membina baitul muslim yang sebenar seperti yang digariskan Islam. Isterinya tidak dibenarkan bekerja dan ingin menjadikannya suri rumah sepenuh masa. Beberapa orang sahabat kami yang memiliki ijazah yang melayakkan mereka untuk mendapat pekerjaan dan kedudukan yang tinggi, namun pilihan mereka untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa demi melahir dan mendidik anak-anak dengan tangan sendiri. Itulah sebenar yang Islam kehendaki untuk melahirkan ummah yang berjaya. Barulah umat Islam yang dilahirkan benar-benar berjaya. Tuan Sabariah iaitu isteri Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kisahnya dalam buku “Bidadari dari Timur” membesarkan 10 orang anak dengan tangannya sendiri. Kagum dan teruja membaca kisah sayap kiri perjuangan Menteri Besar Kelantan itu. Namun, tidak dinafikan untuk wanita keluar bekerja membantu suami. Islam membenarkannya namun jangan sampai anak-anak dan rumahtangga terabai.

Insya Allah, jika kerukunan rumahtangga benar-benar dijaga dan dipelihara, pasti lahir anak-anak yang cemerlang iaitu khalifah di bumi, bakal pemimpin masa depan negara dan para pendokong Islam.

Tuesday, August 31, 2010

BERTUDUNG tapi bajunya sendat-singkat, seluar jeansnya ketat-ketat.

Wanita Berpakaian Telanjang : Dosa yang dipandang remeh

Ramai orang Melayu yang malas membaca. Kalau buku agama lagila malas nak baca. Sudahnya..kita jadi masyarakat bangang dan buta agama...

Telah ramai gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis : "Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya.." (Sahih Muslim).

Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi s.a.w. Memang benar pada akhir zaman ini begitu ramai golongan wanita yang 'berpakaian telanjang'. Para ulama memberi definisi berkenaan maksud hadis ini. Antaranya adalah : Pertama, dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi 'bertelanjang' daripada mensyukurinya iaitu tidak bersyukur. Kedua, dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir. Ketiga, dikatakan ia memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badannya.

Pada zaman ini kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis ini. Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi s.a.w menyatakan dalam hadis yang sama: "Aku belum pernah melihat mereka ini." Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut. Berpakaian telanjang? Bagaimana boleh disatukan dua perkataan yang berlawan maksud ini?

Realiti semasanya, amat mudah untuk kita melihat pakaian sebegini di mana-mana. Yang menyedihka, golongan wanita ini mengaku muslimah. Sama ada mereka berpakaian dengan mendedahkan terus anggota tubuh ataupun mereka mengenakan pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh. Kedua-duanya bertentangan dengan akhlak Islam di mana seseorang Muslimah dituntut supaya menutup aurat dengan sempurna.

Kejahilan adalah faktor utama yang menyebabkan mereka tak dapat memahami keutamaan dalam memelihara aurat. Sesungguhnya aurat yang zahir daripada anggota tubuh tersebut adalah lebih berperanan untuk menarik perhatian lelaki dan menaikkan syahwat berbanding dengan menutup rambut atau kepala.

Perbuatan mendedahkan bahagian tubuh ini adalah lebih keji daripada mendedahkan rambut atau kepala. Bagaimanapun ini bukan hujah untuk membenarkan golongan wanita mendedahkan rambut atau bahagian kepalanya serta memperlekehkan wanita lain yang bertudung. Jumhur ulama berpendapat kesemua anggota tubuh perempuan adalah aurat dan wajib ditutupi kecuali bahagian muka dan dua telapak tangan.

Gaya terkini, kebanyakan remaja didapati tudung dikenakan dengan baju lengan pendek yang sangat ketat dan seluar JEANS sendat. Disebabkan potongan bahagian bawah bajunya pendek, maka terserlahlah bentuk punggung dan pangkal peha mereka yang amat mengiurkan lelaki. Kelihatan seksi bila berjalan tergedik-gedik biarpun bertudung.. Inilah yang dinamakan "berpakaian seolah-olah telanjang" bermakna hukumnya sama seperti mendedahkan aurat.

Remaja muslimah kini semakin hilang rasa malu dan maruah diri. Rela tubuhnya menjadi tontonan lelaki. Sesungguhnya wanita yang menipu dalam menutup aurat adalah tergolong dalam ahli neraka.

Fesyen sebegini tak ubah seperti pakaian orang kafir. Sebagai umat Islam kita dilarang daripada meniru atau menyerupai sesuatu kaum sama ada musyrikin atau kafirin. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran dalam satu hadis: "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka." (Sunan Abi Daud)

Bagi kaum lelaki, janganlah hanya berdiam diri dan berlepas tangan. Bukankah kerja Amar maaruf nahi mungkar itu suatu pekerjaan yang wajib dilaksanakan ? Allah telah perintahkan kita mendidik anak isterinya dengan didikan agama yang sempurna. Ayuh berdakwahlah!!

Sunday, August 15, 2010

Ayuh sahabat kita berpakaian menurut syariat Islam




Kerana dirimu begitu berharga.

Bidadari Syurga untuk Si Syahid Muda

Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin
Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak
berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat.
Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111,
yang artinya sebagai berikut :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta
mereka dengan memberikan sorga untuk mereka”


Selesai ayat itu dibaca,
seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat
duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah
meninggal. Ia berkata:”Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari
orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan sorga untuk mereka?” “Ya,
benar, anak muda” kata Abdul Wahid. Anak muda itu melanjutkan:”Kalau begitu
saksikanlah, bahwa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan sorga.”


Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi
perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu
pemberangkatan pasukan, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang
yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu
kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia
rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga
kami bila sedang tidur.


Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur siasat
pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:”Hai, aku
ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . .” Kami menduga dia mulai
ragu dan pikirannya kacau, kudekati dan kutanyakan siapakah Ainul Mardiyah
itu.
Ia menjawab: “Tadi sewaktu aku sedang kantuk, selintas aku bermimpi.
Seseorang datang kepadaku seraya berkata: “Pergilah kepada Ainul Mardiyah.”
Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan
air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan
mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku ,
mereka bergembira seraya berkata: “Inilah suami Ainul Mardhiyah . . . . .”


“Assalamu’alaikum” kataku bersalam kepada mereka. “Adakah di antara kalian
yang bernama Ainul Mardhiyah?” Mereka menjawab salamku dan berkata: “Tidak,
kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu” Beberapa kali aku
sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik,
tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku
meneruskan langkah.


Akhirnya aku sampai pada kemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di
pintu kemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia
nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: “Hai Ainul
Mardhiyah, ini suamimu datang . …”


Ketika aku dipersilahkan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di
atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekat dia
berkata: “Bersabarlah, kamu belum diijinkan lebih dekat kepadaku, karena
ruh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu.” Anak muda melanjutkan kisah
mimpinya: “Lalu aku terbangun, wahai Abdul Hamid. Aku tidak sabar lagi
menanti terlalu lama”.


Belum lagi percakapan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh
terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan
melabrak mereka. Selesai pertempuran aku mencoba meneliti, kulihat anak
muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum
gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga ruhnya berpisah dari badannya
untuk meninggalkan dunia. ( Irsyadul Ibad ).


sumber : milis – myqur’an

yakinlah dengan janji-janji Allah dalam Al-Quran, janji siapa lagi yang perlu diyakini selain janji Allah.

Saturday, August 7, 2010

NABI YUNUS a.s. DITELAN IKAN NUN

Yunus bin Matta adalah seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada penduduknya.


Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi Yunus mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia dan Allah sajalah yang wajib ditaati.


Oleh kerana ajaran yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".


Nabi Yunus berkata "Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah s.w.t". Berkata Nabi Yunus lagi "Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di dunia dan di akhirat."


Walaupaun Nabi Yunus telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."


Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.


Penduduk melihat Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah s.w.t agar dijauhkan daripada sebarang malapetaka.


Allah s.w.t Maha Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah, binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang. Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan.


Baginda naik bukit turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai. Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu, kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.


Oleh itu kapten kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.


Maka mereka mengundi sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.


Ketika Nabi Yunus sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah s.w.t mengarahkan seekor ikan nun (yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah, mahasuci Engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku."


Maka Allah perkenankan permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan. Demikianlah Allah selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya:


"Nama tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."


Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.


Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti
kepulangannya. Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati mereka semata-mata kerana Allah.


Sumber: http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/nabiyunusasditelanikannun.htm

Allah dah pilih kita sebagai penolong agama-Nya

Salam perjuangan kepada para pendokong kebenaran yang tidak pernah berhenti berjuang menegakkan agama-Nya di muka bumi ini.

Tajuk kali ni Allah dah pilih kita sebagai penolong agama-Nya.

Nak atau tak nak, kita kena terima sebab ini amanah Allah untuk kita.

Larilah ke mana-mana dunia, amanah ini perlu dilaksanakan, walhal ke hujung dunia atau ceruk pedalaman kampung sekalipun. Dakwah Islam perlu disampaikan kepada yang dah Islam sejak lahir dan bukan Islam.

Jom singkap kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan nun yang melarikan diri daripada menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Berbulan-bulan baginda berada dalam perut ikan nun, baginda menyesali sikapnya kerana melarikan diri dari menyampaikan tugas sebagai Nabi yang diutuskan Allah untuk menyeru umat tersebut kepada Allah. Baginda berdoa dan memohon keampunan kepada Allah atas segala kesilapannya yang melarikan diri dari melaksanakan amanah. Nah! Lihatlah nabi Allah sendiri, tidak terlepas dari menerima hukuman dari Allah apatah lagi kita manusia biasa yang dipilih Allah sebagai pendakwah ingin mengambil sikap tidak mahu berdakwah kepada orang sekeliling padahal kita mengetahui kebenaran agama Islam ini.

Sesungguhnya perjuangan Islam ini tidak pernah terhenti sehingga hari kiamat. Dan kita mesti meyakini bahawa masa depan bersama Islam.

Seorang ustaz menyampaikan tazkirah kepada kami mengingatkan bahawa pilihan Allah sangat sedikit. Ditapis-tapis sehingga yang benar-benar ikhlas untuk membawa agama-Nya. Beruntunglah orang-orang yang dipilih-Nya untuk membawa mesej Islam ini. Orang yang dipilih Allah ini, perlu buat kerja Islam, jangan bermain-main dan leka lagi. Tugasan kita banyak dan berat kerana ingin mengembalikan manusia beriman sepenuhnya kepada Allah. Jadi, kita kena buat kerja, dan kerja Islam yang kita lakukan mesti bersama jemaah. Orang yang Allah tak pilih sebagai penolong-Nya, biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Kita yang perlu menyeru mad'u-mad'u di sekeliling kita dengan penuh sabar dan hikmat. Menyeru dan terus menyeru semampu kita, bukan menghukum. Penghukum hanya Allah taala.

Iltizam kita: Biar susah dan payah, biar sakit dan derita, andai inilah jalan menuju ke syurga, tetap akan kumara walau terpaksa kuberikan nyawa dan darah kerananya. Takbir!!

Saturday, July 31, 2010

Wabak sepanjang jalan dakwah

Tajuk buku : Wabak sepanjang jalan (jilid 1)

Pengarang : Dr Al Syed Muhammad Noh


Buku ini membincangkan tentang penyakit atau wabak yang sering menyerang para 'amilin(pejuang) gerakan islam. Masalah dalaman ini sentiasa mengganggu gugat perjalanan gerakan islam. Ianya berpunca dari tindak tanduk para pendukung islam yang tidak komited dan gagal mempersiapkan diri sebagai pendukung islam.


Wabak pertama : Al Futur


Tahap al futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan


Sebab-sebab berlaku al futur:

i. sikap keterlaluan dalam agama

ii. membazir dan melampaui batasan menggunakan sesuatu yg diharuskan

iii. meninggalkan jemaah dan memilih hidup berseorangan

iv. kurang mengingati mati dan akhirat

v. pengabaian melakukan ibadat harian

vi. mengambil makanan yang haram atau syubhah

vii. penumpuan 'amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran islam

viii. gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan

ix. mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga 'amilin

x. tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan

xi. mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar

xii. sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jemaah

xiii. terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh


Wabak kedua : Pemborosan



Pembaziran ialah perbuatan yang melampaui batas kesederhanaan sama ada dalam perkara makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.


Kesan ke atas para 'amilin

i. badan dihinggapi penyakit

ii. keras hati

iii. lembab daya pemikiran

iv. rangsangan melakukan kejahatan dan dosa

v. kecundang di saat-saat genting dan mencabar

vi. tidak menjaga dan mengambil berat terhadap org lain

vii. ditanya di hadapan Allah SWT di akhirat

viii. terlibat dengan pendapatan haram

ix. menjadi saudara syaitan

x. terhalang dari kasih syg Allah




Wabak ketiga : Al Isti’jal (gopoh atau terburu-buru)

Keinginan untuk mengubah realiti penghidupan masa kini dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai kesan buruk yang akan berlaku dan tidak memahami suasana persekitaran





Wabak keempat : Al Uzlah(memencilkan diri)


Mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan secara berjemaah





Wabak kelima : Al I’jab bil nafsi (terpesona dengan diri sendiri)


Suatu kegembiraan terhadap diri sendiri, hasil dari apa yg dilakukannya sama ada perbuatan tanpa menyinggung org lain,tanpa mengambil kira perkataan dan perbuatan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.





Wabak keenam : Al Ghurur


Kekaguman seorang 'amilin terhadap dirinya sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecilkan apa yang diusahakan org lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Namun, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya





Wabak ketujuh : Al Takabbur


Seseorang 'amilin itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina org lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. Di samping itu, ia dengan angkuh menolak untuk menerima kebenaran dari orang lain.



sumber: iluvislam

Thursday, July 29, 2010

Hanya Pada Allah

Sesuatu pekerjaan yang kita buat, bila diniatkan ikhlas kerana Allah akan menjadi ibadat di sisi Allah. Insya Allah, Allah permudahkan walau sukar sekalipun.

Betulkan niat dan ikhlaskan hati dalam segala amal perbuatan.

Yakinlah wahai para mujahid mujahidah, kesusahan dan penderitaan yang kita tanggung ini hanya seketika.

Bersabarlah senafas untuk mengecapi kejayaan pada masa akan datang.

Untuk keluarga, umat Islam dan agama Islam tercinta.

Ya Allah, hanya Engkau mengetahui sukarnya untuk menyiapkan tesis master ini.

Permudahkan kami untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan.

Permudahkan kami untuk menanggung bebanan ini.

Permudahkan Ya Rabb.

Hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan dan belas kasihan.

Ameen.

Saturday, July 24, 2010

kata-kata terindah kepada para muslimat

19 HADITH MENGENAI WANITA
www.iLuvislam.com
oleh: firerose


. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."





Sekian, Wallahu a'lam.


Koleksi Artikel iLuvislam.com

Tuesday, July 13, 2010

Kata-kata Ibrahim ibn Adham

Pada suatu hari bertemu Ibrahim ibn Adham dengan seorang laki-laki
dalam tempat tawaf.

Maka kata Ibrahim ibn Adham, "Hai laki-laki, tiada engkau sampai kepada darjat segala salihin melainkan dengan engkau perbuat enam perkara.
Pertama-tama menutupkan pintu nikmat dan membukakan pintu kesukaran.
Kedua, menutupkan pintu kemuliaan dan membukakan pintu kehinaan.
Ketiga, menutupkan pintu kesentosaan dan membukakan pintu kedukaan.
Keempat, menutupkan pintu kekayaan dan membukakan pintu kepapaan.
Kelima, menutupkan pintu tidur dan membukakan pintu jaga.
Keenam, menutupkan pintu berlanjut-lanjutan bicara dan membukakan pintu daripada segeranya maut."

Saturday, July 3, 2010

Rezeki Allah swt

Sedutan Kuliah YB Ustaz Muhammad Mustafa

Rezeki Allah swt


Kita masih lagi membicarakan tajuk Rezeki Allah swt kepada kita semua. Bagaimana pula kita boleh memanfaatkan rezeki yang diberi oleh Allah swt ini kepada kita semua, supaya kita mampu mengatasi masalah kemiskinan diri. Rezeki yang kita terima ini juga boleh mempersiapkan diri kita ketika kebangkitan kita di akhirat nanti.
Rezeki ialah satu pemberian Allah swt, iaitu satu istilah ke atas keperluan manusia untuk keperluan hidupnya, kerana tanpa rezeki manusia ini tidak boleh hidup. Kalau tidak ada rezeki maka matilah dia. Allah taala telah tulis atau peruntukan bajet rezeki sejak dari dalam perut ibu lagi. Allah swt telah peruntukkan bermacam-macam rezeki dengan bajetnya sekian banyak. Allah swt memberi rezeki, lebih dari keperluan hidupnya.


Kenal hakikat diri sendiri

Istilah rezeki ini mengikut hakikat manusia itu sendiri. Manusia ini ialah dua dalam satu, iaitu roh dan jasad. Sebab itu dalam ilmu kerohanian, salah satu perkara besar yang kita perlu belajar ialah mengenal diri sendiri. Mengenal diri atau berkenalan dengan diri kita sendiri, supaya kita kenal diri, kenal hakikat diri kita setara mana, status kita, asal kejadian, setakat mana hak diri kita dan keperluan kita. Dengan itu barulah kita menjadi orang yang berjaya menggunakan diri dengan adil terhadap diri sendiri dan tidak zalim kepada diri sendiri.

Maka kalau tidak kenal diri, maka berkemungkinan berlaku penyalahgunaan diri sendiri. Jika diri sendiri pun tidak pandai menggunakan dirinya sendiri, manfaatkan dirinya, bagaimana dia boleh memanfaatkan dirinya kepada orang lain. Bagaimana dia hendak tunaikan hak orang lain sedangkan hak dirinya sendiri pun dia tidak tunaikan. Allah swt telah mengamanahkan kita sebagai tuan diri kita sendiri dan amanah ini perlu kita tunaikan.

Terlebih awal, kita perlu sedar dan kenal siapa diri kita.
Mengenal diri ini bukanlah susah sangat, tetapi kalau tidak diambil peduli hal ini, akibatnya kita mungkin merasa kita membuat diri kita sendiri atau jadi dengan sendirinya. Kalau kita mencipta diri kita sendiri, kita tidak akan menjadikan sakit atau sama sekali kita tidak menjadikan mati. Berpanjanganlah muda, kita tidak menjadi tua. Oleh itu, jika berlaku juga perkara yang kita tidak suka, ini menunjukkan bahawa bukan kita yang membuat diri kita sendiri.
Kita ciptaan Allah taala. Maka kita wajib ingat dan seterusnya memikirkan bahawa apa tujuannya Allah menciptakan diri kita, mesti ada tujuan.

Tujuan manusia dicipta Allah swt
Firman Allah, surah Adz Dzariyat 51: 56 dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.
Kita dan jin diciptakan untuk menjadi hamba kepada Allah swt, buat apa yang Allah swt suruh dan tinggalkan apa yang Allah swt larang. Itulah tujuannya ciptaan kita, bukan mengikut rasa kehendak kita. Allah swt jadikan kita hamba-Nya, buat yang Dia suruh, tinggalkan yang Dia larang, buat kerja dengan Allah swt dan Allah akan membayar segala amalan kita semua.

Di dunia sekarang ini ramai orang cari kerja, pergi sana sini, sebenarnya bukan dia cari kerja tapi cari wang. Malangnya kalau tanpa kerja, kita tidak dapat wang. Sebenarnya kita tidak payah cari kerja, kerana kita telah disediakan dengan kerja.
Kerja dengan siapa? Kerja dengan Allah swt yang mencipta kita. Apa pekerjaannya? Hanya dua pekerjaan sahaja, tidak susah.

Pertama, kita telah dilantik oleh Allah Taala dari akhir baligh ( sampai umur, cukup akal) dan disahkan dalam jawatannya sebagai Hamba Allah. Orang yang telah disahkan dalam jawatan dipanggil mukkallaf. Itulah pekerjaan kita hak yang asal dan dengan pekerjaan inilah kita akan dihisab untuk menentukan masa depan kita oleh Allah swt sebagai Hamba Allah, menjaga amanah Allah dan amanah bagi diri kita.

Kedua, kita juga disahkan dalam jawatan sebagai Khalifah Allah swt di atas bumi Allah swt ini.
Itulah dua tugas hakiki kita yang disediakan oleh Allah swt, iaitu Hamba Allah swt dan Khalifah Allah swt. Tugas Khalifah Allah swt ialah menjaga amanah Allah swt. Allah swt telah mengamanahkan kita untuk menjaga keluarga. Contohnya seorang ibu, selain daripada menjadi hamba Allah swt, dia juga perlu menjaga anaknya dari mengandung lagi, semasa menyusukannya, memelihara dari kecil sampai besar dengan menanggung berbagai kesusahan. Semuanya ini adalah pekerjaan tabiinya, asal dan merupakan pekerjaan dengan Allah swt. Pekerjaan ini semuanya akan dibayar oleh Allah swt.

Mengikut sistem gaji kerajaan Allah swt, orang perempuan mendapat gaji besar daripada lelaki sebab dia bekerja lebih dengan menyediakan makan minum dan kemudahan rumahtangga untuk kehidupan keluarga. Sistem bayaran kerajaan Allah swt tidak serupa dengan sistem gaji JPA, yang mengikut pangkat untuk mendapat gaji besar. Sistem gaji kerajaan Allah taala bergantung kepada beratnya kerja dan usahanya. Kalau pangkat tinggi sekalipun kalau kerja sedikit, maka sedikitlah bayarannya.

Hadith sahih yang bermaksud:
Bayaran atau ganjaran itu yang dipanggil pahala adalah mengikut penat lelah seseorang.”

Bayaran dibuat mengikut susah payah tidak mengikut pangkat, lebih penat lelahnya kerana Allah swt, maka bayaran yang diterima lebih besar lagi walaupun pangkatnya kecil.

Jadi, kalau dibandingkan kerja orang lelaki dan orang perempuan, dilihat dari satu segi, penat lagi orang perempuan.

Pertama, tanggungjawab sebagai isteri, Allah swt bayar jawatannya sebagai isteri. Mengikut Islam, isteri tidak bertanggungjawab menyediakan makanan bagi orang lelaki. Orang lelakilah yang harus menyediakannya melalui orang gaji. Itu pada asalnya, tapi mengikut adat orang Melayu, isteri yang menyediakan. Oleh itu semua pekerjaan dilakukan di dapur Tuhan akan bayar, pekerjaan bermula dari pagi hingga selesai. Hal lain pula seperti mengandung, mengasuh anak dan menyusukan anak hinggakan tidak tidur malam, semua ada bayaran. Begitulah seterusnya semua kerja bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali ada bayarannya, mengikut penat lelah seseorang.

Tuan-tuan dan puan-puan semua,
sabarlah senafas, selepas ini, kita akan jadi senang. Kalau kita melakukan tanggungjawab kita dengan Allah swt dengan betul dan lengkap, kita akan senang buat selama-lamanya bermula dari alam kubur lagi.

Nabi bersabda: “Sesungguhnya kubur itu adalah salah satu dari taman syurga atau salah satu lubang dari lubang-lubang neraka”.

Kubur ini tidak jauh mana lagi dengan kita, umur kita sudah tinggal sedikit. Buatlah bersungguh-sungguh, umurpun tidak banyak lagi, jangan membazir masa. Mereka tidak berasa susah hati, padahal tanggungjawabnya, jawatannya sebagai hamba Allah swt merangkap khalifah Allah swt, membazir masa, duduk saja, perlu bekerja dan kena ada perancangan.

Kalau dibandingkan pekerjaan dengan ‘Government servant’ ada masa kerja, masa rehat, walaupun kerja dari pukul 8 pagi hingga 4 petang, dia betul-betul buat kerja kerana dibayar gaji. Ini adalah hamba kerajaan, hamba Allah swt sepatutnya lebih-lebih lagi perlu bekerja bersungguh-sungguh sebab Allah swt akan bayar gaji sepenuhnya selepas mati nanti.

Allah swt berfirman bermaksud, As-Sajdah 32: 17; maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu-persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

Seseorang itu tidak mengetahui tentang kesenangan kehidupan di alam ghaib yang dirahsiakan oleh Allah swt untuk kita semua. Ini sebagai balasan kepada amalan-amalan kepada apa yang telah dikerjakannya. Itulah rahsia kehidupan akhirat selepas kehidupan dunia.

Bersabarlah sebentar, biarlah kita bersusah dahulu tetapi bersenang-senang kemudian. Jangan kita bersenang-senang dahulu, selepas itu susah pula.

Beribadat kepada Allah swt sepenuh masa

Ada 9 perkara yang perlu diamalkan dalam pekerjaan supaya membolehkan kita beribadat kepada Allah swt sepenuh masa dan mendapat pahala belaka. Dari bangun tidur hingga tidur kembali tiada satu saat pun masa kita dibazirkan, disebab masa kita tidak banyak lagi. Membazir masa ini adalah satu jenayah, pengkhianat kepada diri sendiri, sama ada membazir masa tengok TV, bermain haji, membuat kerja tidak berfaedah. Semua ini merupakan khianat kepada amanah Allah swt. Ramai orang Melayu khianat dalam bab masa.

Walaupun kita sudah hidup berpuluh-puluh tahun, tetapi pengurusan masa masih tidak berjalan baik, maka akan rosak dan punah umurnya. Oleh itu, baki umur yang ada dan hanya sedikit sahaja lagi, perlu diuruskan masa itu dengan baik dan ingat pesanan ini untuk menjadikan kita layak dan bekerja sebagai hamba Allah swt sepenuh masa. Jangan sekali membazir masa.

Cara supaya kita menjadi hamba Allah swt sepenuh masa ialah :

1. Beriman sepenuh masa kepada Allah swt

2. Berniat untuk membuat perkara baik

3. Pekerjaan dibuat mengikut syariat

4. Membuat pekerjaan pahala berganda
-menuntut ilmu
-sembahyang berjemaah
-membaca Al-Quran
-Istighfar
-Menolong ibu tunggal, anak yatim dan orang miskin

Hadis Rasulullah saw, “Orang yang membantu ibu tunggal (armalah) dan orang-orang miskin, (termasuk anak yatim) pahala yang Allah swt berikan ialah seperti pejuang Islam yang pergi ke medan perang kerana Allah swt dan juga seperti dia bersolat sepenuh malam dan puasa sepenuh hari.”

Hadis Nabi saw bermaksud: “Perjalanan kamu membantu saudaranya, lebih baik dari ia beriktikaf di masjidku ini, selama sebulan.”

5. membuat amalan secara berterusan

6. membuat 3 perkara amalan besar
Mempersiapkan diri agar boleh membuat 3 perkara amalan besar yang dikatakan oleh Nabi Muhammad saw.

Nabi saw berkata, “Apabila seseorang anak Adam itu mati maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara; ilmu yang memberi manfaat, anak yang soleh dan sedekah jariah.”

7 . jauh dari melakukan dosa-dosa besar
-syirik
-derhaka kepada kedua ibu bapa
-saksi palsu

8.membatalkan iman

-murtad
-syirik
-riak
-ujub
-mengungkit semula perkara-perkara atau amalan-amalan yang dibuat pada masa lepas, di samping menyakiti hati seseorang. Contoh: semasa dia tolong dahulu dia ikhlas. Tetapi akhirnya jadi tidak ikhlas, tolong bukan kerana Allah swt, dia menolong kerana kepentingan lain, itu sebab dibangkit semula, hinggakan melukakan hati orang itu

9. Berdoa kepada Allah swt

Wednesday, June 16, 2010

Mari Tatapi

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah -
manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi
anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut
berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus
berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam
diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

Palestin bukan soal 'mereka' tetapi soal 'kita'. Dan hasil berfikir itu saya
tumpahkan dalam sebuah artikel yang sengaja saya imiginasikan dalam bentuk
dialog. Ikutilah dialog yang saya nukilkan selepas Subuh pagi tadi :

MARI KITA DEMONSTRASI HARI-HARI!

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual
dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah
klinik.
"Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM
Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan
undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional."
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

"Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia
Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan.
Awak jangan lepas peluang."
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya
telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
"Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit. janganlah begitu.
Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan.
Itu lagi teruk."

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, "saya sokong tindakan Pak Cik
dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi."
"Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit
sejak akhir ni."
"Kenapa Pak Cik?"
"Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni."
"Pak Cik hisap rokok apa?" saya mula teruja untuk berbual.
"Masih Winston. Dah sebati sejak dulu."
"Winston from America?" bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

"Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik
tentang demonstrasi ini?" kilasnya mengalih arah perbualan.
"Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu," tegas saya.
"Apa dia?"
"Solat Subuh berjemaah."

"Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat." Muka pak Cik itu mula
memerah. Tangannya mula digenggam.
"Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan
membangunkan roh jihad yang sejati."
"Kita mesti sanggup memikul senjata."
"Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang
Subuh."
"Saya tak faham."

"Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka."
"Apa yang menyakitkan mereka?"
"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah
sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik
pandai mereka sendiri."
"Jadi?"
"Sebaik-baik 'demonstrasi' ialah didik umat ini bersolat Subuh secara
berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah.
Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar,
lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah.
Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya
mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain."
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik
nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.

"Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?"
"Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar
rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan
sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta
ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan
ke Gaza!"
"Awak sindir saya?"

"Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya
bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak."
"Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi! "
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
"Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha
selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka."
"Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?"

"Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara
hidup Islam?"
"Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam."
"Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam."
"Contoh?"
"Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya
hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat
sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi
media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap
dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis."

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, "mana Yahudinya. Awak kata
Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan
sosialis?"
"Ketiga-tiga isme itu sama."
"Sama?"
"Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama. ZionisYahudi! "
"Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?"

Saya menggeleng-gelengka n kepala perlahan.
"Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita
perlu agenda yang konsisten dan 'genuine'."
"Misalnya?"
"Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga
dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. "
"Lagi?"
"Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam
didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata
sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!"
"lagi?"

"Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu
persatu kita boleh 'berdemonstrasi hari-hari' terhadap atas Yahudi. Bila
kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita
boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di
Holywood."
"Idola Amerika?"
"Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur
akan mudah dijajah."

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
"Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak
Cik?" kata saya seakan-akan merayu.
"Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin."
"Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang
kita benci."
"Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita
untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja
perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak,
pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari."

"Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan
ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah
hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam
solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah
hu Akbar daripada umat yang tidak solat? "

"Eh, kami yang demonstrasi semua solat."
"Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada
kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat
langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa
khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi
Zionis dalam erti kata sebenar?"

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan.
Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik.
Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan
para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada
akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat
seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan
qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan
pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri,
keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing.
Bukan hari itu sahaja. tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam
itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
"Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut
millah (cara hidup) mereka."
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan
penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus
'mengecilkan' pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan
ini?

Thursday, May 27, 2010

Mesti buat pilihan tepat

Tak semua benda yang kita nak buat dalam hidup ni, kita boleh buat. Tapi tak mustahil dengan usaha yang keras, keazaman, doa dan tawakkal pada Allah.

Semester depan, amanah bertambah. Alhamdulillah semoga bertambah amanah bertambahlah diri ini taqarrub pada-Nya dan jiwa raga merintih-rintih pada-Nya minta tolong. Seandainya diri tak dibeban dengan amanah, pasti tangan dipangku dan kaki digoyang penuh kesenangan serta hati lupa untuk merintih dan meminta tolong pada-Nya.

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia, telah dibekalkan dengan amanah untuk mentadbir bumi, menjaga agama Allah dan menjalankan setiap amanah yang terpundak di bahunya.

Semester depan juga perlu buat pilihan dan keputusan terbaik sama ada diri ini perlu berada di kolej atau di luar. Berada di mana sebenarnya tidak kira asalkan amanah sebagai pemegang, penjaga dan penolong agama Allah dilaksanakan.

Mesej dari sahabat yang sangat indah bait kata.."Iltizam kita: Biar susah dan payah, biar sakit dan derita, andai inilah jalan ke syurga tetap akan kumara walau terpaksa kuberikan darah dan nyawa kerananya."

Segala yang kita lakukan untuk agama Allah sangat sedikit dibandingkan Nabi, para sahabat, para ulama dan terdahulu dari kita. Seandainya kita rasa susah dan derita di jalan ini, ingatlah bahawa Nabi dan para sahabat lebih menderita dari kita.

"Ya Allah, bantulah kami untuk menjadi penolong kepada agama-Mu agar dapat mendiami syurga-Mu kelak. Ameen"

Saturday, April 17, 2010

Wahai adik-adikku..

Langkahku atur satu persatu sekembali dari solat berjemaah di surau kolej kelima. Syukur Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan nyawaku hingga ke hari ini dan dapat mengimarahkan surau kolej yang hanya 5 minit sahaja berjalan kaki dengan langkah perlahan yang hanya bersebelahan blokku.

Aku melalui jalan biasa, salamku hulurkan kepada pasangan couple seperti selalunya. ‘Aah’ hatiku berdetik, ‘adik ini’. Mereka jawab salamku dengan senyuman. “Kak Izah, jap ye, tak lama, nak naik dah ni.” Dengan tersipu-sipu adik tersebut menjawab. Mungkin malu, segan dan apa-apa je la kat aku tapi sewajarnya mereka lebih malu dan segan serta takut kepada pencipta yang menciptakan mereka lebih daripada manusia. “Okey”. Sepatah saja aku menjawab, aku dah malas nak tegur budak-budak ni. Dah berkali-kali aku bagi nasihat, tak juga dengar. Selebihnya, aku hanya mampu berdoa dan merintih pada Allah.

Beberapa hari selepas itu, aku terserempak dengan adik itu di blokku dengan mata merah dan bengkak. Sebelum bertanya kenapa mata merah, aku bertanya bila mula praktikal dan hal-hal lain. Aku rasa bertanggungjawab kat adik-adik ini memandangkan aku bagaikan kakak kepada mereka di kolej ini. Adik tersebut telah berpisah dengan ‘couple’ dia pada malam yang aku terserempak mereka berdua.

“Wahai adik-adikku, jangan mudah lemah dan menyerah hanya kerana cinta seorang lelaki. Inilah bahana dan bencana akibat menjalin hubungan yang Allah tak redha. Takutlah kalian akan amaran Allah dalam Al-Quran. Jangan sesekali kalian mendekati zina. Untuk melakukan zina sangat ditegah, apatah lagi mendekatinya.”

Aku bukan nak mendedahkan perihal adik-adik ini. Aku pun mempunyai adik. Aku juga takut dan bimbang seandainya adikku juga terlibat dalam kancah percintaan terlarang ini. Ubat penawar yang paling baik untuk mengelakkan diri dari terjerumus dalam zina ialah mendekatkan diri pada Allah Taala. Sibukkan diri kalian dengan kerja-kerja Islam dan kebajikan nescaya kalian akan mendapat hikmat dan kebaikan. Seandainya kalian tidak disibukkan dengann kerja-kerja kebaikan nescaya kalian akan disibukkan dengan kerja-kerja kebatilan. Ayuh! Adik-adik bersama mengejar impian dan cita-cita serta mencari keredhaan dan cinta Allah terhadap kita. Mari mencintai ilmu. Peringatan untuk diri, keluarga, sahabat dan masyarakat.

Saturday, April 10, 2010

Hidayah Allah

Teringat kata-kata naqibahku dahulu, "sebaik mana pun kita, apabila hidayah Allah tak sampai, sampai bila-bila Allah tak akan pilih kita sebagai ahli-Nya iaitu penolong dan pendokong agama-Nya. Namun, walau sejahat mana pun kita, apabila hidayah Allah tiba, DIA akan pilih kita sebagai ahli-Nya."

Mengimbau kisah Abu Talib yang sangat baik membantu Nabi s.a.w menyebarkan kalimah Allah, namun hidayah Allah tak sampai kepadanya, dia tidak masuk Islam sehingga akhir hayatnya. Namun, Allah memberi hidayah kepada Umar al-Khattab yang membunuh anak perempuan hidup-hidup dan sangat menentang Islam. Beliau masuk Islam setelah mendengar bacaan al-Quran yang dialunkan oleh adiknya dan terus menemui Nabi untuk mengucap kalimah syahadah. Betapa Allah Maha Pengasih Penyayang kepada hamba-Nya.

Kita perlu berusaha keras bagi memperoleh hidayah Allah. Begitu juga untuk mendapat keredhaan Allah dan syurga Allah serta mati syahid di jalan-Nya. Kita perlu bermujahadah, bekerja, berkorban dan berjihad untuk memperoleh kesenangan di akhirat sana.Ameen.

Semoga Allah memilih kita sebagai kekasih-NYa, penolong agama-NYA dan penghuni syurga-Nya kelak. Ameen.

Thursday, April 1, 2010

Meniti Hari Bahagiaku..Selamat Bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


..........................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.


Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.


Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


........................................

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."